Bakun bukan malas. Bakun cuma tak mahu memulai buat. Bakun takut, tapi tak tahu kenapa Bakun tak buat lagi. Bakun takut. Bakun banyak lagi kerja tak siap. Bakun tak tahu apa yang perlu dibuat. Bakun keliru. Bakun mahu buat ini, Bakun akan teringat kat yang itu. Betul. Bakun janji, Bakun boleh siapkan, tapi sekarang Bakun takut tak siap. Bakun tak reti memula. Bakun mahu berjaya. Bakun lemah. Bakun mahu seorang yang boleh memotivasikan Bakun. Bakun letih lah macam ini. Bakun terkadang tu mahu mati. Bakun tahu, mana boleh begitu, nanti masuk neraka. Bakun tak nak masuk neraka. Bakun nak masuk syurga nanti. Bakun nak jadi orang yang baik. Bakun tak kisah orang pandang Bakun macam mana, janji Bakun tahu, Bakun baik. Bakun buat baik bukan untuk Bakun, Bakun buat itu semua untuk orang lain. Bakun suka begitu. Tapi, Bakun tetap tak mahu buat kerja. Mungkin sebernarnya Bakun mudah sangat ralit, lepe. Bakun takut. Bakun bukan macam Bakun yang dulu. Bakun yang dulu, bila takut, Bakun akan terus siapkan kerja. Bakun sekarang Bakun yang tak kisah, walaupun takut. Takutnye Bakun. Takutnye.....
Friday, May 16, 2014
Thursday, May 15, 2014
Penung Pening
Pening si Penung. Ntah kenapa kepalanya pening. Mungkin kerana lapar? Atau juga kerana penat berfikir. Ntah lah, Penung cuma mahu terbang kelangit buat masa ini. Tinggi, sampai kepalanya tidak lagi sakit. Sampai mati.
Sunday, May 11, 2014
Pencari Alasan
Aku malas. Aku malas. Aku malas. Aku malas. Ntah bila nak jadi rajinnya aku tak tahu. Terkadang tu, aku bukan rasa aku malas, cuma aku tidak mahu buat. Kerana tidak mahu.
Mungkin aku ada alasan. Ya, memang aku ada alasan. Dan bagi aku, alasan itu benar, sungguh. Tapi aku takut aku hanya pencari alasan. Yang mana bila kemalasan itu timbul, setiap itulah alasan itu datang kepada otakku.
Aku takut menjadi pencari alasan. Setelah gagal. Setelah ia berlaku. Dan biarlah, sekurangnya, aku pendam sahaja alasan benar yang aku cipta. Ya, kalau aku mahu menjadi pencari alasan pun, mungkin untuk diri. Aku lebih takut menjadi pembuat alasan. :)