“Ntah
lah Pak Samad kau tu, aku ni dah naik kesian kat si Nana anak dia tu. Pijak
terajang. Sume dah kena. Kite ni mane boleh buat apa. Setakat sedara, mane
maunya dia nak dengar kata kita nih.” Panjang lebar Hamid bercakap kepada
anaknya, Roslan, sambil menyedut rokok daunnya.
Roslan
suka kat Nana. Dan dia tahu yang Nana memang mempunyai masalah dengan bapanya.
Kerap juga Nana bercerita masalahnya itu kepada Roslan. Dan tadi dia cuba
menyuruh ayahnya menasihati Pak Samad. Tapi nampak gayanya ia takkan berhasil.
Roslan cuba berfikir, mencari ikhtiar lain tentang bagaimana untuk membantu
Nana, si gadis yang berjaya membuatkan hati Roslan tenteram bila bersama.
Bertekad
Roslan, mahu pergi, berjumpa sendiri dengan ayah Nana- Pak Samad. Dan akibat
tindakan itu, seperti dijangka, teruk Roslan dilayan. Dicaci, dimaki. Di mata
Roslan, Pak Samad itu seperti seekor gajah yang sedang naik minyak kerana lapar
kurang makanan. Tapi Roslan bukan orang biasa. Yaitu orang yang akan takut,
lari, atau balas dengan kasar apabila menghadapi situasi genting seperti itu.
Roslan adalah ahli kelab kaunseling di sekolahnya. Dan dia ada belajar
selok-belok psikologi manusia.
Roslan
dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Pak Samad. Dia merasakan itu
melalui segala carutan, cacian yang dilemparkan oleh Pak Samad kepadanya. Pak
Samad sebenarnya kesepian. Sepi, hidup sendiri. Dan melalui situasi Pak Samad
itu, hidup dengan seorang anak perempuan remaja - yang biasanya lebih suka
rapat dengan kawan dari bapa sendiri, jelas mengukuhkan pendapat Roslan.
Roslan
merancang untuk menjadi sahabat kepada Pak Samad. Dengan adanya kawan, Roslan
pasti yang sikap baran Pak Samad akan beransur kurang. Dan itulah yang berlaku,
setelah dua minggu berusaha, Pak Samad sudah mula terbuka hati untuk menerima
Roslan. Melalui pemerhatian Roslan sikap Pak Samad sudah mula berubah. Dan Nana
pun sudah semakin gembira, masalahnya di rumah sudah kurang.
Dan
yang paling penting sekali, hati Nana pun sudah jatuh, kapada Roslan.
Ini pemandangan Bukit Panorama. Tiada kaitan dengan Nana, Roslan, dan Pak Samad |
No comments:
Post a Comment