Saturday, November 3, 2012

Aku Siput Babi

Padamu aku apa?
Padamu aku apa?
Padamu aku apa?

Padaku aku siput babi,
Merangkak, merangkak,
Melintas jalan itu,
Jalan yang kamu selalu lalu itu.

Didepanmu aku siput babi,
Merangkak,
Melintas,
Kau melihatku,
Kau ambil,
Perlahan,
Lembut,
Kau letakku di tepi,
Bukan seberang,
Tepi permulaan.

Aku siput babi,
Aku ada perasaan juga,
Kelembutanmu, 
Kebaikanmu,
Aku dapat rasa.

Aku merangkak lagi,
Melintas sekali lagi,
Bukan lagi untuk ke seberang,
Pantas ku di usik,
Dipegang, 
Diangkat,
Ku tahu, 
Itu kamu.

Kau bawa ku ke titik asal ku,
Kembali,
Ditinggal.

Aku merangkak lagi,
Terus merangkak,
Melintasi jalan itu,
Terus melintas,
Lagi dan lagi.


siput babi di tepi jalan- Google image
Kau dan Aku














Walaupun aku siput babi, aku juga manusia!!

2 comments:

  1. kerana ku kelihatan keras diluar, tetapi benar, hati ku tetap sama dengan hati- hati yang lain, lembut, enak.

    ReplyDelete