Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Ulat Gonggok dan Awan

Ulat gonggok ini mahu pergi ke awan,

Dilihatnya cantik, indah di atas sana,

Awan itu memandang ke bawah, ke bumi,

Si gonggok mula bermimpi,

Mula berkhayal,

Di cubanya ke atas, mencari jalan,

Jalan yang memang tiada,

Untuk ke awan, yang dirasanya memandangnya,


Kerana, ia memang tiada.

Awan, menyokong matahari petang.


Ah! Aku rindu masa itu,
Masa kita, kita, kita, bersama,
Walau masa itu singkat,
Tapi tetap kurindu masa itu.

4.30pm, 19 Julai 2013, Lab Bacti.
Upon hearing Nora speak about ulat gonggok and awan.

Monday, October 21, 2013

Nyata, Khayal, Khayal, Nyata

Dikala orang lain sedang nyenyak,

Tidur,

Diatas katil empuk,

Diatas lantai beralas,

Diatas lantai tidak beralas,

Kau tidak tidur,

Kau lain dari mereka,

Kau sendiri,

Mengharung sepi malam,

Mengharung sepi sendiri,

Mengharung sepi sendiri di dalam bilik kedap ini,

Tanpa pandangan keluar,

Pandangan ke pekat malam,

Tanpa bayu angin malam,

Tanpa bayu angin malam menemani kau,

Bersama,

Cuma kau dengan imaginasi, khayalan kau,

Khayalan yang berkata bahawa,

 “Aku perlu siap kan semua ini,”

“Aku perlu kemaskan,”

“Aku perlu perbaiki,”

“Aku perlu itu, aku perlu ini,”

“Supaya nanti masa depan terjamin,”

“Supaya nanti aku boleh melakukannya,”

“Supaya nanti aku dapat menjadi apa yang aku inginkan,”

Nah!!!

Khayalan itu, kenapa terlalu jelas kelihatan,

Khayalan itu, jelas ada,

Khayalan itu, jelas kewujudiannya,

Ada di depan mata,

Ada di depan minda,

Perlukah percaya dengan khayalan?

Ataupun khayalan itulah akan terus menerus bersama kau,

Terus menerus, berdamping,

Sampai satu masa, khayalan itu menjadi nyata,


Nyata kau menjadi khayalan, imaginasi.

Ini bukan malam ini, ini malam kemenangan Pahang!!!


Sedang membuat presentation research.
22/10/2013, Esok presentation.
4.45 am.
Bersila diatas lantai sambil merenung hidup

Saturday, October 12, 2013

Langit dan Bumi

Berangan....
Berangan....

Kau... hanya boleh berangan.
Kau... hanya mampu berangan.

Kau,
Adalah lantai bumi.

Dia,
Adalah lantai langit.

Takkan jatuh, langit ke bumi.
Takkan terbang, bumi ke langit. 

Kecuali satu masa,
Masa yang semua tahu,
Masa yang mana langit jatuh ke bumi,
Masa yang mana bumi dan langit menjadi satu.

Lantai langit, Lantai bumi.


Dengan irama perlahan,
Dengan suara seperti Ramli Sarip,
Sambil menghirup secangkir kopi o,
Dendangkan lagu ini,
Dendang bersama hati,
Bersama jiwa.

Sunday, October 6, 2013

Perjalanan Hidup Ini

Perjalanan hidup ini,
Ada baik,
Ada jahat,
Ada sukar,
Ada senang,
Memang banyak jenis perjalanan,
Yang mana kau mahu?

Perjalanan hidup ini,
Kalau diberi pilihan,
Memang jelas, 
Terang,
Semua mahukan perjalanan yang sama,
Mudah,
Senang,
Baik,
Kaya.

Perjalanan Hidup ini,
Sebenarnya tiada pilihan,
Walaupun ada kemahuan,
Pilihan tetap tiada,
Kau belajar rajin,
Kau kerja rajin,
Kau usaha,
Tapi perjalanan itu sudah ditetapkan,
Kalau sukar,
Tetap sukar,
Kalau miskin,
Tetap miskin.

Jadi?
Bersyukurlah,
Sebab ia punca kebahagiaan,
Punca kesenangan.

Perjalanan hidup ini,
Sebenarnya Indah.

Juga Bukit Panorama. Mungkin aku perlu terbang, ke
tempat yang mampu aku dapat lebih
ke indahan, kerana pasti, ada yang
lebih takjub dari ini.

Sudah lama, terpuruk, tersimpan,
Hari ini, ia bangkit,
Mengimbau memori,
November 2011.

Thursday, June 27, 2013

Diri

Jangan lari!!
Jasad kau masih disini,
Mendengar, Belajar,
Jadi jangan lari!!
Jasad kau perlukan diri kau,
Jika diri kau sudah lari, sukar kau nak kembali,
Tinggallah jasad kau sendiri,
Mendengar yang tidak dengar,
Belajar yang tidak belajar.


Oh, tolong lah lindungi dia agar ku
dapat bersamanya selamanya



You!
Mari sini!!
Jangan tanye kenape!!


Terlalu bahagia kah?
Terlalu deritakah?






Collections of sajak from sem 1, year 3


Wednesday, June 19, 2013

Otak itu kena diasah, bukan di peram

Tertunggu-tunggu tanpa buat,
Tanpa kerja, tanpa pura,
Otak kosong, bukan sengaja, tapi itulah,
Cubalah berfikir, berotak, takkan!!
Sudah adat, sudah resam,
Makin hampir, makin menunggu, makin otak-kosong.

Itulah, jarang meningkat, susah berubah,
Otak kosong, banyak menunggu, kerja, balik.

Jadi jangan kena, lari!
Kalau dah kena, lari! lari! lari!
Sampai otak itu berputar, kembali berpusing.

Beautiful Field at Indera Mahkota which never been used for riadah


4.50 pm/ Registration office of VRI Kuantan/ 19 Jun 2013

Friday, May 31, 2013

Getaran

Entah kenapa,
Kaki ini lemah,
Bergetar,

Pertemuan satu ketentuan,
Bukan sengaja mencari,
Dengan kamu.

Teguran ku disambut,
Walau tidak selancar, sukar difahami,
Walaupun aku cuba seperti kebiasaan aku,
Ya, memang aku tegur kamu seperti kebiasaan aku dengan yang lain,
Tapi ini agak lain.

Melangkah ku pergi dari kamu,
Ketar lutut ku,
Sukar aku melangkah,
Ntah kenapa,

Mungkin kerana getaran itu?

google image getaran hati




Pasar Malam 

Tuesday, January 8, 2013

Sudah Semua

Semua!!!
Cukuplah,
Jangan berlari lagi,
Kita semua sudah semakin jauh,
Fizikal jauh,
Pemikiran jauh,
Semua jauh,
Padahal asalnya semua dekat, rapat,
Berlaga bahu, bertentang muka,
Bergelak ketawa.

Memanglah, semua itu takkan terjadi,
Memanglah semua akan berlari,
Dan terus sentiasa berlari,
Jalan larian itu tidak sama,
Jalan larian itu adalah pemisah,
Kekadang jalan itu akan bertembung juga,
Setakat bertembung,
Kerana penamat untuk jalan itu berbeza,
Kerana diri kita semua berbeza.

Sunday, December 30, 2012

Tahun baru- tetap sama

Setahun lagi masa berganjak,
Ya, setahun,
Ada yang merasa setahun ini 10 tahun,
Ada yang merasa setahun ini 1 hari,
Terserahlah.

Pengalaman setahun ini,
Banyak,
Berat,
Ada yang suka,
Ada yang duka,
Terserahlah.

Setahun lagi,
Aku masih lagi aku,
Kamu masih lagi kamu,
Berubah tetap berubah,
Mengikut arus,
Mengikut persekitaran,
Ada yang berubah kepada yang lebih baik,
Ada yang berubah kepada yang lebih teruk,
Terserahlah.

Tahun depan akan tiba,
Tahun depan akan dihadapi,
Tahun tetap tahun,
365 hari,
Tapi persekitaran tetap berubah,
Tidak mungkin akan sama,
Kau mahu bagaimana?
Terserahlah,
Kau patut tahu itu.


Awan itu tidak sama,
Sentiasa berubah,
Seperti juga persekitaran kita,
Kita rase sama,
Tapi tidak.
31/ 12/ 2012
Studying Natural Products..
Esok pekse..
2.33 am

Saturday, December 15, 2012

Tepian Kasihku


Kukarang puisi ini untuk kau,
Kau seorang,
Disini,
Ditepian ini,
Kumahu kau,
Kumahu kau disisiku,
Menikmati masa ini,
Sungguh,
Di saat ini kau saja ku mahu,
Bersamaku,
Berdua,
Wahai si gadis mistri.

----------15 dis 2012, di tepian pantai batu hitam, kepadamu si mistri.

Saturday, December 8, 2012

Hidup-Sepi

Hidup,
Hidup ku begini,
Dahulu begini,
Sekarang begini,
Esok begini,
Sentiasa begini.

Hidup,
Sendirian,
Kesepian,
Aku tak mahu hidup sendiri,
Aku tak mahu hidup yang begini,
Aku sudah cuba,
Aku memang percaya yang aku mampu berubah,
Tapi,
Aku adalah aku,
Aku memang begitu,
Dan akan kekal begitu.

Sepi....
Selagi aku tidak terjumpa detik itu,
Detik yang mampu merubah hidup ku,
Detik yang keberanian aku tiada tara,\
Detik yang mampu membuka mulutku,
Detik itu,
Tak boleh dicari,
Tak boleh dicuba,
Tak boleh.

Aku harapkan,
Detik itu bakal berlaku,
Aku tak mahu menunggu lagi 10 tahun,
Aku tak mahu menunggu lagi lama,
Aku harapkan detik itu berlaku secepat mungkin,
Supaya sepiku ini berlari,
Supaya sepiku ini meninggalkan diriku,
Supaya aku tidak sepi lagi.

Dengan detik itu aku dan kau akan bersatu,
Hati kita berdegup seiring,
Menjadikan hidup ku tak sepi lagi,
Menjadikan hidup mu tak sepi lagi.

Empang dekat batu 13
~Sepi~

Tuesday, November 27, 2012

Masa

Masa itu orang kata emas,
Maknanya, ia sangat berharga,
Masa yang berlalu,
Takkan kembali,
Masa yang lalu,
Menjadi sejarah,
Kecuaian, Kelalaian, Kegunaan,
Telah terjadi,
Itulah yang terjadi.

Masa itu orang kata emas,
Berkuasa,
Jangan dicuba untuk diulang,
Jangan dicuba untuk dipatahkan,
Takkan kau berjaya,
Mengalahkan masa.


Masa magrib IM2














Lab Instrumentation- 27 november 2012

Saturday, November 3, 2012

Aku Siput Babi

Padamu aku apa?
Padamu aku apa?
Padamu aku apa?

Padaku aku siput babi,
Merangkak, merangkak,
Melintas jalan itu,
Jalan yang kamu selalu lalu itu.

Didepanmu aku siput babi,
Merangkak,
Melintas,
Kau melihatku,
Kau ambil,
Perlahan,
Lembut,
Kau letakku di tepi,
Bukan seberang,
Tepi permulaan.

Aku siput babi,
Aku ada perasaan juga,
Kelembutanmu, 
Kebaikanmu,
Aku dapat rasa.

Aku merangkak lagi,
Melintas sekali lagi,
Bukan lagi untuk ke seberang,
Pantas ku di usik,
Dipegang, 
Diangkat,
Ku tahu, 
Itu kamu.

Kau bawa ku ke titik asal ku,
Kembali,
Ditinggal.

Aku merangkak lagi,
Terus merangkak,
Melintasi jalan itu,
Terus melintas,
Lagi dan lagi.


siput babi di tepi jalan- Google image
Kau dan Aku














Walaupun aku siput babi, aku juga manusia!!

Thursday, October 18, 2012

MUrid dan Guru

Salah siapa?
Muridkah?
Gurukah?

Murid kata, guru salah.
Guru kata, murid bodoh.

Murid kata, guru tak pandai mengajar.
Guru kata, kau yang tak pandai belajar.

Murid kata, guru bercakap perlahan.
Guru kata, aku pandai bercakap.

Murid kata, guru bosan.
Guru kata, aku bukan badut.

Murid kata, guru laju.
Guru kata, aku jalan kaki.

Murid kata, guru punca aku tak mahu belajar.
Guru kata, tak payah lah belajar.

Murid kata, aku wajib belajar.
Guru kata, aku sunatkan kau.

Murid kata, kau bukan tok mudim.
Guru kata, aku guru kau.

Murid kata, guru ajar simple sangat.
Guru kata, kau yang malas.

Murid kata, guru.......
AH!!!!!

Guru kata, kau sehari baca buku berapa jam?
Guru kata, kau ada buku rujukan?
Guru kata, kau ada salin nota?
Guru kata, kau duduk di depan waktu kelas?
Guru kata, KAU YANG SALAH!!!!!!!!

sumber google






18 Oct 2012
Class Optomerization if not mistaken.

Wednesday, October 17, 2012

Awan

Awan,
Ku mahu kesana,
Tinggi,
Redup.

Awan,
Ku ingin terbang kepadamu,
Seorang diri,
Di situ,
Tinggi.

Awan,
Ku mahu duduk di kepulanmu, 
Sendiri,
Melihat dunia,
Dunia bawah,
Redup.

Awan,
Kau lihat diriku,
Ku lihat dirimu,
Kagum,
Kau tinggi,
Tetap tunduk,
Memandang ke bawah,
Melihat diriku,
Semakin mahu aku mendekatimu,
Awan.


Ini awan
Lab instrument, Selasa, 16 Oct 2012
From the jendela of laboratory,
Sit, Bored, but have a peneman= Awan, cloud.


Bonus sajak=

Aku mahu terbang,
Di kepulan awan,
Sendiri.

Sunday, October 14, 2012

Sendiri

Pagi ini,
Ku sendiri,
Melayari kehidupan ini,
Tak perlukan sesiapa,
Tak mahukan  sesiapa.

Pagi ini,
Ku sendiri lagi,
Sendiri dan sendiri,
Bukan menyendiri,
Tapi ku hanya bersendiri.

Pagi ini,
Kenapa ku masih sendiri?
Kenapa ku masih sendiri?

Salah akukah?
Salah diakah?
Salah merekakah?
Salah si polan itukah? 
Salah perempuan itukah?
Salah lelaki itukah?

Pagi ini,
Masih sendiri,
Sendiri,
Tanpa teman,
Tanpa kekasih,
Tanpa siapa,
Pengubat hati,
Pengubat rindu,
Pengubat sepi,
Semuanya jauh sekali,
Di pagi ini.



5.35 am,
Oct 15, 2012
After Lab Black Pepper Discussion completed.

Saturday, October 13, 2012

Ku Masih Ingat

Ku masih ingat lagi,
Saat itu,
Masa itu, 
Kau masih disitu.

Saat akhir kau,
Perjalanan akhir kau,
Perjalanan terakhir,
Sebelum terdampar di situ,
Diam.

Tiada lagi kata-kata,
Tiada lagi,
Yang ada hanyalah erangan-zikrullah,
Bukan erangan gembira,
Erangan kesakitan,
Sakit.

Rabu itu,
Rabu terakhir,
Rabu itu perjalanan terakhir,
Rabu itu pergerakan terakhir,
Rabu itu.

Masih ki ingat lagi,
Ingat, ingat dan ingat.


Al-fatihah,
Boh,
1 Oktober 2012.

Thursday, October 4, 2012

Angguk

Angguk.
Faham?
Sapa kata?

Culture.





First class Tuesday, Instrumentation, 18 Sept 2012

Wednesday, October 3, 2012

Ku Tahu

Ku tahu,
apa y terlihat,
tidak berlaku.

Semua terpaku,
memerhati, 
fokus.

Ada y memegang dagu seperti faham.
Ada y kelihatan menyalin nota.

Jika dilihat luaran,
100%, semua diam,
menumpukan perhatian, 
kecuali aku.

Suatu suara pun tidak kedengaran,
seperti malam gelap,
suram, 
sepi,
pengajar gembira.

Tapi, 
ku tahu,
ini kelas pertama, 
semangat semua membara,
fokus tiada tara,
tapi,
fokus tanpa paham tiada guna,
fokus tanpa jiwa tiada guna.

Sudahlah!
Tak paham buat- buatlah paham,
memang aku tidak paham,
banyak aku tidak paham,
manusia, 
student, 
lecturer.

Ku tahu.

  

First class, Instrumentation, Tuesday, 18 Oct 2012