Tuesday, December 25, 2012

REALITY DUNIA

Pada suatu hari, Ahmad berjalan jalan di tepi pantai. Cantik sungguh pantai itu. Terpaku Ahmad. Dilihatnya banyak batu-batu berendam di dalam air laut itu. Dicarinya satu batu, batu besar yang boleh dia melabuhkan sauh perjalanannya. Di tepi pantai itu. Tak lama mencari. Dijumpanya. Dilabuhkan punggungnya. Menghayati. Dirasanya dunia ini sungguh indah, menyenangkan, menyegarkan. Dunia ini tidak seperti dunia sebenar; penuh hiruk pikuk, masalah. Tidak mahu dia pulang. Mahu selamanya disini. Dalam berhalusinasi sendiri, satu perasaan menyelinap. Hatinya kosong. Dirasanya sepi. Sendirian. Di tepi pantai ini. Alunan ombak itu benar manyenangkan, tapi ia tidak mampu menghempas, menarik perasaan sepi itu. Dia mahukan peneman. Bukan peneman biasa. Peneman yang menggetar jiwa. Peneman yang setia. Teringat Ahmad akan seorang manusia, berlainan gender: Si Mistri. Dia mahukan Si Mistri, bersama, duduk, diatas batu itu. Menghayati dunia khayalan ini. Dibuka matanya, yang ditutup untuk menghayati, masuk ke dunia khayalan tadi. Kembali ke dunia nyata, dunia sebenar, dunia hiruk pikuk dan masalah. Tak mahu dia lama berkhayal, kerana dua dunia ini berbeza, jauh berbeza. Takut tertipu. Dia bangun. Berjalan kembali, perlahan-lahan kembali ke realiti dunia.



21/12/12
Medical biotech last class

No comments:

Post a Comment