Showing posts with label short stories. Show all posts
Showing posts with label short stories. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Pokok Pine dan Angin

         Pokok pine itu terhuyung-hayang, dilanda angin. Bukan angin kasar, keras. Angin petang biasa. Entah siapa pokok pine itu memandang. Adakah dia memandang aku yang memandangnya ini? Atau dia hanya selesa sendiri, melayan angin, mengikut rentak tiupan angin. Adakah kau begitu pokok pine? Ya? Sendiri itu indah jika kau menghayati, macam kau menghayati tiupan angin petang itu. Jangan terdetik dalam hati kau rasa gundah kerana sendirian, mungkin bukan masanya lagi. Bukan masa lagi sang burung hinggap, berkicau di dahan kau. Yang mana sendiri itu akan menghilang, diganti dengan suara sang burung yang menghibur hati.

Lagi sekali! ni bukan pokok pine yang aku maksudkan.




Lab pathology,
30 July 2013
Sendiri, duduk menghadap tingkap yang mana terlihat sebatang pokok pine dan sebatang pokok yang sudah tinggal ranting akibat sudah mati.
4.25p.m.

Monday, July 22, 2013

Siri Pada Suatu Hari 2 - Ahmad dan Ikan Haruan

                 Pada suatu hari, Ahmad berjalan di tepi sebuah kolam. Kolam itu agak besar. Orang kata banyak ikan didalamnya. Kelihatan juga banyak bunga teratai terapung di permukaan airnya. Cantik. Ahmad berhenti sambil melihat kecantikan kolam itu. Sambil dia melihat-lihat itu, dia ternampak seekor ikan. Ikan itu agak besar, ia berenang-renang di tepi tebing kolam itu. Melihat kepada fizikal ikan itu, Ahmad mengagak yang ikan itu adalah ikan haruan. Jika bukan haruan, kemungkinan besar ikan itu adalah ikan toman.

                “Wahai sang ikan, apakah namamu? Kenapa aku lihat kau berenang dengan begitu lemah sekali?” ujar Ahmad kepada ikan itu.

                “Oh manusia. Kau kah yang sedang bercakap denganku? Aku bernama Haru. Aku sejenis ikan haruan. Kau mahu tahu apa yang terjadi kepadaku?”

                “Jika kau mahu bercerita, aku sudi mendengarnya.”

                “Ceritanya begini. Aku sudah lama menghuni kolam ini. Seingat aku, aku ini antara yang paling lama hidup di sini. Dahulu kolam ini sungguh aman. Air sungguh segar. Oksigen mencukupi. Tetapi semenjak dua menjak ini semuanya sudah berubah. Air nya sudah berbeza. Kau lihat sahaja air ini. Coklat kehitaman. Bukannya warna coklat tanah. Banyak rakan-rakan ku sudah mati.”

                “Jadi apa yang aku boleh lakukan wahai Haru?”

                “Mungkin kau boleh menyebarkan penderitaan aku ini kepada kaummu?”

                “Kenapa mesti kepada kaum ku sahaja? Bukan kah banyak lagi hidupan yang menggunakan kolam ini?”

                “Benar. Hidupan lain pun menggunakan kolam ini. Tetapi hanya manusia sahaja yang merosakkan nya. Terlalu banyak perbuatan mereka yang merosakkan kolam ini”

                “Betukah wahai saudara? Jika benar seperti yang dikata, akan ku perkatakan perkara ini kepada kaum ku. Supaya mereka menjadi lebih beringat selepas ini”

                “Lega rasanya apabila mendengar kata-kata sedemikian dari mulut saudara. lebih-lebih lagi dari mulut saudara Ahmad yang terkenal dengan sikap yang baik dan berbudi pekerti.”

                “Jangan begitu. Apa yang saya lakukan adalah mengikut apa yang terdaya oleh saya. Membantu yang tidak berdaya.”

                “Jika begitu terima kasih wahai tuan hamba. Ku doakan sentiasa dalam rahmatNYA”

                “Sama-sama.”


                Setelah itu, Ahmad pun meneruskan perjalanannya. Dia tersenyum, kerana dia mahu hidupan di kolam itu juga kembali tersenyum.

Ya, ini bukan ikan haruan, ini adalah ikan si tambi gile

Siri Pada Suatu Hari 1 - Keropok Lekor

                 Pada suatu hari ada seorang budak bernama Muhammad Fairuz. Dia adalah seorang budak lelaki yang comel. Dia mahu pergi ke pasar tani untuk membeli keropok lekor. Semasa di dalam perjalanan untuk ke sana, Fairuz ternampak seekor raksasa yang besar.

                “Besarnya raksasa itu,” kata Fairuz kepada kawannya, Sufi, yang menemaninya pergi ke pasar itu.

                “Jom lari,” kata Sufi dengan nada cemas, takut.


                Tanpa berlengah, mereka berdua pun berlari pulang semula ke rumah. Fairuz kesal kerana tidak dapat makan keropok lekor disebabkan raksasa yang besar itu.

Ni bukan keropok lekor, ini cuma maggi

Thursday, June 20, 2013

Pertemuan II

                 Abu dan Mat adalah orang yang sama. Jasad yang sama. Walaupun memori berlainan. Memori yang hilang dan memori yang ada. Hilang bukan kerana penyakit, hilang bukan lesap. Hilang yang dibuat-buat. Oleh memori sekarang. Hilang yang sebenarnya ada, tidak hilang.


                Abu kembali memjadi Abu-diri sendiri. Tiada lagi manusia yang bernama Mat yang memang tiada. Mat itu adalah Abu. Abu sudah ingat asal usulnya. Sudah terang. Kerana dihadapannya adalah rumah, keluarga nya. Keluarga sebenar. Bapa yang meberi benih. Ibu yang menerima, dan mengandungkan nya. Adik beradik.               

Wednesday, June 5, 2013

Pertemuan

               “Jangan pergi!!!”

                Sayu. Lemah. Itulah kata-kata terakhir yang aku dengar dari ibuku. Hatiku kugenggam erat. Menjadi bulat- untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Biarlah apa orang kata. Aku tetap dengan pendirian aku. Pergi dari situ. Mencari kehidupan baru.

                Bukan ku tidak mahu patah kembali-ke asalku. Tapi ada suatu rasa. Rasa yang tiada wajah. Rasa itu membuatkan aku tak mahu pulang. Untuk 12 tahun ini, ku sentiasa termimpi-mimpi. Mimpi hidup lamaku di rumah kayu itu yang telah aku buang dari hidupku. Jika ada orang bertanya umurku- aku akan menjawab 12 tahun. Kerana memori aku hanya bermula sejak itu.

                Segala telah aku buang. Tapi kini kenapa aku berada di hadapan rumah kayu itu? Rumah yang aku takkan ku toleh? Yang takkan ku patah balik itu?

                Terlihat wanita tua. Berumur. Kedut-kedutan itu tak pernah aku lihat. Menyapu sampah. Kejap kakiku. Longlai lutut ku. Terduduk. Ku mahu memeluk dia.

                “Anak siapa? Nak cari siapa?”


                Terlerai air mataku.














MOK...

Thursday, May 30, 2013

Berlari


                Berlari. Lari. Terus lari. Tanpa rasa penat. Walaupun dikejar seperti seorang penjahat. Ahmad sudah biasa. Pagar- dipanjat, Longkang- diompat. Semua halangan bagi dia sudah bukan halangan. Begitu mudah merentasi semua itu. Kerana pengalamannya dalam bidang larian ini bukan main-main. Inilah hidupnya.

                Tapi hari ini lain. Benda yang mengejarnya lain. Lain dari segi fizikal. Sebelum ini pengejar-pengejarnya cuma berasal dari kaum manusia-saiz pun saiz manusia. Tetapi kali ini raksasa. Kaum yang bersaiz gergasi. Sebesar rumah. Fizikalnya bukan seperti manusia. Berlendir, separa bulat. Ia bukan berlari, ia hanya menggelongsor- tanpa kaki. Apa sahaja bentuk jalan dilalui dengan mudah.

                Pun begitu, tanpa gentar Ahmad seperti biasa. Menjalankan tugasnya- berlari. Puas pelbagai halangan ditempuh. Sengaja dia melalui jalan yang sempit- celah-celah rumah. Tapi tiada kesan kepada benda itu. Masih lagi mengejarnya kemana sahaja dia pergi.

                Sudah 8 jam dia berlari. Masih sama. Dia dikejar, raksasa mengejar. Mati akal Ahmad. Habis usaha, hasil pengalamannya berlari 5 tahun ini, digunakan. Tapi raksasa itu masih mengejarnya. Ditabur paku- tidak berkesan, ditabur guli- tidak berkesan, merentas sungai- tetap tidak berkesan. Habis ikhtiar. Tugasan kali ini memang sukar- tandanya sudah lebih 4 jam dari kebiasaan, tapi masih lagi tidak mampu menyisihkan pengejarnya itu.

                Ditenangkan fikiran. Cuba berfikir dalam berlari itu. Cara untuk menghabiskan tugasan itu. Terlihatnya di suatu sudut. Ada suatu benda bercahaya terawang-awang dari tanah. Mungkin itu petunjuk. Getus hati kecilnya. Tanpa berlengah, dilanggarnya cahaya itu, sambil berlari dia merasakan sesuatu. Ada perubahan yang berlaku pada diri nya. Di pinggangnya terlilit sesuatu-tali pinggang. Dan terselit di celahnya suatu benda asing. Pistol.

                Berfikir lagi. Apa yang perlu dilakukan? Adakah perlu diguna sahaja pistol itu untuk membunuh raksasa itu? Atau apa?

                Apabila difikir semula, hari ini lain. Tidak sama seperti biasa. Tanpa berlengah, dicapainya pistol itu. Diacu kepada raksasa itu. Sambil berlari.

                BAM!!! BAM!!! BAM!!!!

                Tersungkur raksasa itu. Tanpa berlengah Ahmad meneruskan lariannya. Pengejarnya sudah jauh tersisih di belakang. Dirasakan tugasannya sudah berjaya. Sekuntum senyuman di hulur, sambil bunyi letupan raksasa kedengaran sayup-sayup.

               
Google image Berlari

Wednesday, May 29, 2013

Kereta, Mould, dan Seri

Kereta itu mati. Ditepi jalan. Dah lama. Sengaja diberhentikan. Ada orang di dalamnya. Dua. Seorang lelaki. Seorang perempuan. Lelaki kacak, perempuan cantik.

                Mold dan Seri. Bukan kapel. Tapi kawan sampai mati. BFF. Tiap masa bersama. Orang kata macam belangkas.

                Hari ini lain. Kepala Mold pusing. Bukan sebab apa. Sebab hati. Biasanya tak. Tapi hari ini.

                Setan ape rasuk Mold. Mungkin salah hormon. Dia rasa sepi. Walaupun telah sentiasa bersama Seri. Ada rasa dalam hati. Rasa bukan rasa BFF. Rasa lain.

                Tekad dia. Lepas lepak mamak. Berdua. Dalam perjalanan balik. Nak ucap rasa. Nak luah hati. Berhenti kereta. Tepi jalan.

                “Kenapa?” bertanya si Seri.

                “Aku cinta”

                “Apa?”

                “Aku cinta”

                “Aku sama”

                “Sejak bila?”

                “Harini, Kau?”

                “Sama”


                Kereta kembali hidup. Bertukar arah. Gelap jalan desa diganti cerah jalan bandaraya.

google image

Monday, April 8, 2013

The Light


                2045. Malaysia. 

                This place is becoming the devil’s playground. People kill each others to get the clean air. People steps on the others head to get water, food. Devils laugh at the human as the human slowly becoming like them. Eyes turn red, everybody is having devil’s like mask on their face. To breath. The masks hides their feeling, hide their identity. Making them not shame and do everything that they want.

                Fear of light. It destroys everything. Almost everyone can see, at that time, one small line of light on the sky. Shiny. Not long after it passed by, everything is gone. Disaster. Asteroid, Alien invasion, American missile, and many theories are said. The debate of the reason is quickly disappeared as the resources are depleted. Lack of clean water, the air condition that is deteriorates day after day. Everyone only thinking about survive. Devils play their role, whispering the bad ways to live.

                Everything is in ruins. There’s no building, apart from the ruins, covered by ashes, molds. People living under the ground, in small hole that they dug by themselves, covered by the destroyed doors. Living like a mole. Sleep in daytime, go out in night to get the living supply, water and food. Becoming scavenges, eaten of rotten food. Becoming cannibals. Waiting for a hope that will never arriving.

19/3/2013
Mut's collection of short stories
Devil's Place competition

ULAT



                ULAT. Padaku, ia adalah satu benda yang langsung tidak berharga. Nyawa ibarat sampah. Langsung tidak bermakna. Langsung tidak berharga. Tapi, walaubagaimanapun aku tetap salah seekor daripadanya. Hidup kami mudah dan sekejap. Makan, makan, makan, makan, mati. Mudah. Senang. Aku memang antara yang paling suka makan antara kawan-kawan ku. Aku makan apa sahaja. Dari kayu kepada kertas. Aku tidak memilih seperti ulat yang menganggap diri dia ada harga, bermakna. Aku tahu aku hanya ulat yang akan mati tanpa kesan, tanpa ada coretan kisah hidup untuk ditinggalkan. Dan aku tahu mereka yang memilih itu sama sepertiku, tahu. Tapi mereka memilih untuk menjadi hipokrit. Aku pilih untuk tidak hipokrit. Padahal semua sama sahaja. Tahu hayat tidak akan lama. Tahu hayat tidak berguna. Tidak ada perbezaan pun cara penerimaan ini dengan cara pengakhiran. Penerimaan lain- ada yang tak hipokrit macam aku- ada yang hipokrit- tapi pengakhiran adalah sama. Bakal mati.

                Aku tahu aku hidup di dunia khayalan. Dunia impian. Ulat-ulat biasa takkan sekali-kali dapat rasa apa yang aku dan rakan-rakan ku di sini rasa. Jarang kami terlalu panas, jarang kami terlalu sejuk. Dikawal. Dan apa yang paling penting adalah stok makanan. Setakat hidup aku disini, aku tidak pernah rasa lapar dan dahaga. Makan, makan, minum, makan. Tidak pernah habis. Bila berkurang, ia akan bertambah. Bila berkurang lagi, ia bertambah lagi. Ini memang dunia khayalan, fantasi, yang kami rasa bertuah berada di dalam fantasi ini.

                Tapi hati kecilku berkata dunia ini tidak selalu indah. Ada kawanku berkata yang panas disangka kepetang rupanya hujan ditengah hari. Betul. Aku ini hanya seekor ulat. Tidak mampu berfikir, apatah lagi mempunyai hati kecil yang mampu berkata-kata. Aku tahu ini kerana sekarang aku sudah berada di dalam bekas kuning. Terdedah. Bersama ramai rakan ku. Kulihat ada yang sudah bergelimpangan- mati. Aku sangka sudah ajal. Disini tempat baru ini, kami kurang dijaga. Suhu tidak diselaras. Makanan tidak dijaga. Aku tidak selesa disini. Aku dan tiga rakan ku berfikir-fikir untuk lari dari dunia susah ini, dunia bukan khayalan.

                Tidak, aku dicekup kasar. Aku tidak boleh melawan. Disuap aku kepada makhluk ganjil. Ganas. Mati.

Aku adalah ulat yang dipelihara untuk dijual. Dibeli oleh jeri untuk diberi makan kepada sugarglider. Lili, tom, dan anak-anak

mut's collection of short stories
21/1/2013

Saturday, February 2, 2013

Jangan Menangis



                “Menangis lah!!! Tak ada siapa yang menghalang. Aku tahu kau tersiksa. Aku tahu kau merana. Lepaskan. Menangislah!!!”

                Benar. Aku tersiksa. Benar. Aku merana. Kerana kau si celaka. Kau membuat aku begini. Kau membawa aku kepada keadaan yang seperti ini. Memang mudah kau memberi nasihat. Memang mudah kau meluahkan kata-kata untuk aku. Supaya aku hilang siksa, hilang derita.

                Tapi kau tahu kau yang sebenarnya membuat aku begini? Kau tahu yang kau memnyebabkan aku derita? Merana?

                 Sudahlah. Aku tak mahu ikut nasihat kau, tak mahu simpati kau. Biarkan aku pergi. Sendiri. Membawa hati yang lara. Membawa duka pilu. Membawa siksa, derita ini. Tanpa kau. Tanpa suara kau yang membisik. Tanpa suara kau yang menggetar jantungku.

                Jadi aku takkan menangis. Takkan melepaskan siksa, derita yang berada di benak otakku. Takkan melepaskan. Terutamanya kepada kau. Kerana. Kau la yang benar-benar ku sayang. Kau la yang benar-benar ku cinta. Bukan si lelaki itu. Lelaki yang meninggalkan aku itu.

                Padaku, lelaki itu cuma alat. Untuk merapati kau. Dengan masalah aku dan lelaki itu, aku dapat merapati kau. Menerima nasihat kau. Bercakap, berbual dengan kau. Jauh lebih indah dari berhubung dengan lelaki itu.

                Ya. Pengakhiran aku dan lelaki itu sudah terjangka. Berpisah. Dan aku tahu aku dan kau pun akan jauh. Akan berakhir segala nasihat kau kepadaku. Dan biarlah nasihat kau yang terakhir ini aku simpan, aku ingat, aku perapkan dalam memori aku- tanpa ikut. Selamanya. 

Thursday, January 3, 2013

2 BULAN


                Doktor kata aku akan mati. Ya, mati. Titik penamat kepada semua orang. Titik penamat kepada semua benda. Tapi tak semestinya aku mesti mati. Doktor itu siapa mahu menilik nasib aku? Doktor itu siapa mahu menjadi tuhan dengan meletakkan ketentuan yang aku akan mati. Yup, semua orang akan mati. Seperti yang dikatakan, dan memang benar, semua orang tak tahu bila dia akan mati. Sapa yang sanggup kata seorang tua ni, kanser dia sudah peringkat terakhir dan dia mati, pastu kata orang tua itu mati kerana kanser? Pasti? Ah… Autopsi kata mcm tu. Autopsy kata dia mati sebab kanser. Ye ke sebab tu dia mati?

                Kenapa aku bercakap pasal kanser? Ya. aku ada kanser. Peringkat keempat. Then yes there’s no cure for it. Aku akan mati. Semudah itu. Mati sebab kanser. Aku muda lagi. 23 tahun. Muda atau tua aku rasa tak perlu dijadikan perbezaan. Yeah, orang tua mati, orang muda pun mati. It is the same. Orang tua pun ada yang mati kerana kanser juga, macam aku. So, memang sama. Sebab apa orang kata berbeza antara dua ini? Pengalaman. Orang tua, perjalanan hidup panjang. Gembira dia mesti lebih banyak daripada orang muda. Sedih dia pun mesti lebih banyak daripada orang muda. Tapi aku kata sama tetap sama. Pengalaman hidup, yeah aku akui aku kurang benda ini. Apa nak diharapkan pengalaman hidup seorang bujang yang berumur 23 tahun apabila nak dibandingkan dengan seorang bapa kepada 10 orang anak yang berumur 75 tahun? Tapi aku gembira. Tak kisah kurang pengalaman. Tak kisah tidak merasa mempunyai kekasih. Tak kisah tiada yang ambil kisah pasal aku.

                Okeh, aku pasti yang jarang orang muda mati sebab kanser. Yang mati biasanya mat- mat rempit, mat-mat addict. Mati sebab dadah, mati sebab eksiden. Berbeza. Aku akui, mungkin lebih selesa mati seperti diaorang. Mati, tak sedar. Tanpa tahu. Tak macam aku ini. Tadi doktor kata, lagi dua bulan je aku hidup. Well, dua bulan. Bila dengar je takut semacam. Macam la dua bulan itu akan terjadi esok. Bila pikir balik, sehari ada 24 jam. 1 jam, 60 minit. Lama lagi. Dalam sehari itu ada 24 kotak masa. Kalau setiap kotak berisi, berguna, 2 bulan itu bakal berlalu seperti 40 tahun. Mungkin lebih lama.

                2 BULAN

                Umurku sudah 63 tahun. Ya. aku sudah tua. Kerepot. Tidak punya tenaga. Tidak punya visi. Tidak punya idea-idea bernas yang bakal membawa kepada kemajuan nagara, bangsa dan agama. Betul, dengan umurku ini, orang akan dengar nasihat ku. Dengar apa yang aku kata. Tapi, sebab sudah tiada misi, visi dan idea. Aku tak rasa aku boleh nasihat orang. Apa yang aku rasa aku mampu lakukan sekarang adalah mengarah orang. Basuh kencingku, angkat badanku, mandikan aku. Dan orang akan ikut apa kata aku. Aku rasa amalanku, cukup lah untuk orang berumur 60 tahun. Aku harap cukuplah. Kerana, aku tahu kejap lagi aku akan dijemput. Kembali. Kedunia yang benar, yang membenarkan apa yang tidak pasti.

Aku manusia, bukan haiwan.
                

CINTA ROSEMARY


Yep, semuanya benar.
Yang benar, memang benar.
Yang berlaku, memang berlaku.
Tak perlu aku tipu.
Tak perlu aku nafi.
AKU CINTA KAU

                Ya. Aku seorang lelaki yang biasa. Memang tidak padan dengan gadis secantik kau. Namamu- Rosemary- sudah cantik. Wajahmu apatah lagi. Ramai sekali lelaki yang minat kat kau. Tapi kenapa kau pilih aku? Apa istimewanya aku dimata kau? Ku tahu, dalam setahun, sekurangnya empat orang lelaki yang akan meluahkan perasaan mereka kepada kau. Walaupun tidaklah sejantan mana meluahkan perasaan di facebook. Tapi, yang aku pasti, kebanyakan mereka lebih hensem daripadaku. Kenapa kau pilih aku juga?

                Ya. Aku yakin aku ada kelebihan. Dimata kau, mesti terlihat suatu kelebihan pada diriku. Aku tak pernah tanya kau. Tapi aku tahu. Bukan kerana hati kita satu. Bukan kerana kita sehati sejiwa. Cuma aku tahu, suka perlukan penyebab. Kau suka aku? Mesti ada sebab. Aku tak perlu tahu. Istimewa aku itu bukan hak aku seorang sahaja. Aku tahu, aku juga boleh berfikir secara waras. Tak mungkin aku seorang sebegitu. Ada orang lain juga. Tapi kenapa aku yang kau pilih?

                Ya. Aku tahu. Kau cuma suka padaku. Belum sampai kepada sayang. Belum sampai kepada cinta. Tapi pernahkah kau bertanya kepada diri kau- Rosemary- tentang aku? Tentang perasaan benar kau? Adakah layak kau bagi perasaan suka kau kepada diriku? Adakah aku layak menerima sayang kau yang sedang berputik didalam dada kau itu? Dan yang paling penting adalah perasaan selepas itu. Perasaan yang mampu mengatasi apa sahaja. Luka di jari, tulang patah berderai, tidak terasa oleh perasaan ini.

Cinta.

                Ya. Berbaloikah kau membuahkan perasaan ini untuk orang sepertiku? Yang biasa, tapi cintakan kau? 


bukannya bunga rose untuk rosemary


Tuesday, December 25, 2012

REALITY DUNIA

Pada suatu hari, Ahmad berjalan jalan di tepi pantai. Cantik sungguh pantai itu. Terpaku Ahmad. Dilihatnya banyak batu-batu berendam di dalam air laut itu. Dicarinya satu batu, batu besar yang boleh dia melabuhkan sauh perjalanannya. Di tepi pantai itu. Tak lama mencari. Dijumpanya. Dilabuhkan punggungnya. Menghayati. Dirasanya dunia ini sungguh indah, menyenangkan, menyegarkan. Dunia ini tidak seperti dunia sebenar; penuh hiruk pikuk, masalah. Tidak mahu dia pulang. Mahu selamanya disini. Dalam berhalusinasi sendiri, satu perasaan menyelinap. Hatinya kosong. Dirasanya sepi. Sendirian. Di tepi pantai ini. Alunan ombak itu benar manyenangkan, tapi ia tidak mampu menghempas, menarik perasaan sepi itu. Dia mahukan peneman. Bukan peneman biasa. Peneman yang menggetar jiwa. Peneman yang setia. Teringat Ahmad akan seorang manusia, berlainan gender: Si Mistri. Dia mahukan Si Mistri, bersama, duduk, diatas batu itu. Menghayati dunia khayalan ini. Dibuka matanya, yang ditutup untuk menghayati, masuk ke dunia khayalan tadi. Kembali ke dunia nyata, dunia sebenar, dunia hiruk pikuk dan masalah. Tak mahu dia lama berkhayal, kerana dua dunia ini berbeza, jauh berbeza. Takut tertipu. Dia bangun. Berjalan kembali, perlahan-lahan kembali ke realiti dunia.



21/12/12
Medical biotech last class

Monday, November 26, 2012

Perjalanan Muhammad Hamzah

    Pada suatu hari, Muhammad Hamzah pergi ke sekolah. Tiba-tiba, beliau terjumpa sebiji bola. Bola itu sudah lusuh, kotor. Dia mengambil bola itu, dibawanya ke pili air ditepi jalan. Dibasuhnya sehingga elok, bersih, berkilat. Lusuhnya masih ada. Kemudian, dia meletakkan bola itu semula di tempat asalnya. Beliau pun meneruskan perjalanan ke sekolah.
   
     Baru sahaja lima langkah beredar, Muhammad Hamzah terlihat seorang wanita tua mahu melintas jalan. Dilihatnya wanita itu; bertongkat, terbongkok-bongkok. Benar, memang perlahan wanita itu berjalan, sambil memandang kekiri- kekanan mahu melintas. Jalan itu jalan tanah merah. Seingat Muhammad Hamzah, sebulan sekali pun susah kereta melalui jalan itu. Motorsikal ada juga sekali dua melintas dalam seminggu. Dilihat semula wanita tua itu, wanita itu sudah berada di seberang jalan. Tanpa berlengah, Muhammad Hamzah meneruskan perjalanan ke sekolah, membiarkan wanita tua itu dengan perjalanannya sendiri.

     Bukan jauh sekolah Muhammad Hamzah. Dari awal lagi sudah terlihat dari rumah beliau. Dia memandang ke sekolahnya. Tinggi. 4 tingkat. Berasa bangga benar dia dengan sekolahnya; besar, cantik, dan lagi penting pencapaian UPSR nya yang boleh dibanggakan- no 2 dalam daerah. Benar-benar bangga Muhammad Hamzah. Diteruskan perjalanan ke tempat kebanggaannya itu, tempat yang bakal membawanya kepada perjalanan hidup. Perjalanan; sukar atau senang, baik atau jahat, kaya atau miskin.

      Tanpa disedari, tibalah Muhammad Hamzah di depan pintu pagar. Tutup. Dilihatnya jam ditangannya; 9:31 pagi. Muhammad Hamzah pun memulakan satu perjalanan yang baru, pulang kerumah.

Jalan Maran


Kelas Instrumentation- 27 November 2012