ULAT.
Padaku, ia adalah satu benda yang langsung tidak berharga. Nyawa ibarat sampah.
Langsung tidak bermakna. Langsung tidak berharga. Tapi, walaubagaimanapun aku
tetap salah seekor daripadanya. Hidup kami mudah dan sekejap. Makan, makan,
makan, makan, mati. Mudah. Senang. Aku memang antara yang paling suka makan
antara kawan-kawan ku. Aku makan apa sahaja. Dari kayu kepada kertas. Aku tidak
memilih seperti ulat yang menganggap diri dia ada harga, bermakna. Aku tahu aku
hanya ulat yang akan mati tanpa kesan, tanpa ada coretan kisah hidup untuk
ditinggalkan. Dan aku tahu mereka yang memilih itu sama sepertiku, tahu. Tapi
mereka memilih untuk menjadi hipokrit. Aku pilih untuk tidak hipokrit. Padahal
semua sama sahaja. Tahu hayat tidak akan lama. Tahu hayat tidak berguna. Tidak
ada perbezaan pun cara penerimaan ini dengan cara pengakhiran. Penerimaan lain-
ada yang tak hipokrit macam aku- ada yang hipokrit- tapi pengakhiran adalah
sama. Bakal mati.
Aku
tahu aku hidup di dunia khayalan. Dunia impian. Ulat-ulat biasa takkan
sekali-kali dapat rasa apa yang aku dan rakan-rakan ku di sini rasa. Jarang
kami terlalu panas, jarang kami terlalu sejuk. Dikawal. Dan apa yang paling
penting adalah stok makanan. Setakat hidup aku disini, aku tidak pernah rasa
lapar dan dahaga. Makan, makan, minum, makan. Tidak pernah habis. Bila
berkurang, ia akan bertambah. Bila berkurang lagi, ia bertambah lagi. Ini
memang dunia khayalan, fantasi, yang kami rasa bertuah berada di dalam fantasi
ini.
Tapi
hati kecilku berkata dunia ini tidak selalu indah. Ada kawanku berkata yang
panas disangka kepetang rupanya hujan ditengah hari. Betul. Aku ini hanya
seekor ulat. Tidak mampu berfikir, apatah lagi mempunyai hati kecil yang mampu
berkata-kata. Aku tahu ini kerana sekarang aku sudah berada di dalam bekas
kuning. Terdedah. Bersama ramai rakan ku. Kulihat ada yang sudah
bergelimpangan- mati. Aku sangka sudah ajal. Disini tempat baru ini, kami
kurang dijaga. Suhu tidak diselaras. Makanan tidak dijaga. Aku tidak selesa
disini. Aku dan tiga rakan ku berfikir-fikir untuk lari dari dunia susah ini,
dunia bukan khayalan.
Tidak,
aku dicekup kasar. Aku tidak boleh melawan. Disuap aku kepada makhluk ganjil.
Ganas. Mati.
Aku adalah ulat yang
dipelihara untuk dijual. Dibeli oleh jeri untuk diberi makan kepada
sugarglider. Lili, tom, dan anak-anak
mut's collection of short stories
21/1/2013
No comments:
Post a Comment