Besar sungguh pokok itu. Diatas bukit. Nampak cukup gah
sekali. Dengan tiada saingan daripada pokok-pokok lain lebih menyerlahkan
betapa gah pokok itu tegak berdiri. Hanya rumput-rumput pendek menghijau di
bukit itu. Indah sekali.
Di
bawah pokok itulah tempat aku bersendiri- mengasingkan diri dari dunia luar. Lebih
suka aku melayan perasaan seorang diri. Sedangkan aku sendiri tidak dapat
memahami diri aku sendiri, masakan orang lain mampu memahami aku. Biarlah
mereka fikir apa sahaja tentang aku- pelik, sombong. Aku tak kisah. Kerana aku
tahu lebih banyak tentang diri aku sendiri berbanding mereka.
Sedang
leka bermimpi, melayan perasaan sendirian, datang seorang wanita, sebaya dengan
aku. Jarang benar ada orang yang datang ke tempat ini. Lebih-lebih lagi selepas
cerita-cerita yang tidak enak didengar tentang pokok itu heboh diperkatakan.
Dengan sopan, wanita itu meminta izin aku untuk duduk dibawah pokok itu juga.
Aku tiada masalah untuk mengizinkannya kerana itu bukannya tempat khas untuk
aku. Perlahan-lahan wanita itu mengambil tempatnya di sebalik batang pokok yang
besar itu. Aku kembali kepada lamunanku.
“Isk…
Isk…”
Sekali
lagi lamunanku terganggu. Ku amati betul-betul bunyi itu, benar, ia datang dari
balik batang pokok besar itu- tempat wanita itu tadi pergi. Menangis. Perkara
yang biasa aku alami sebelum cerita tidak enak tentang pokok itu tersebar.
Hanya satu sebab bagi orang biasa untuk berada di bawah pokok ini- untuk
meluahkan perasaan. Perasaan sedih, benci. Semua perasaan negatif. Nampak teruk
benar tangisan wanita itu. “Ah!!! Biarkan.” Kata hatiku.
***
Belajar
di sebuah university yang agak terkenal itu sungguh memenatkan. Belajar, belajar
dan belajar. Dan itu memang sudah menjadi lumrah- pelajar mesti belajar. Habis
sahaja kelas aku terus ke tempat ku biasa melayan perasaan- bawah pokok besar itu.
Setibanya di situ, wanita semalam sudah berada di bawah pokok itu. Kehadiran ku
disedari olehnya lalu dia mengajak aku duduk di sebelahnya. Pada mulanya aku
menolak kerana tidak mahu terlibat dan masuk kedalam hidup orang lain, tetapi
apabila dia beria-ia mengajak, aku mengalah. Aku mengambil tempat dudukku
dicelah akar-akar pokok itu. Bersandar.
Kuteliti
perempuan itu. Dia sedang duduk mencangkung, dengan kepalanya dimasukkan di
celah2 kakinya. Tertunduk. Masih lagi berduka mungkin. Apabila ku melihat dia
hanya berdiam diri, aku juga membalasnya dengan berdiam diri. Sunyi. Desiran
angin sahaja yang jelas kedengaran akibat pergeseran daun-daun pokok besar itu.
Itu cukup membuatku mahu pergi ke alam khayalanku. Melayan perasaan.
“Awak.”
Segera
lesap segala lamunanku. Wanita itu kelihatan sudah mengangkat kepalanya.
Walaupun masih bercangkung sambil memeluk kepala lututnya. Jelas sekali
kelihatan lingkaran hitam di matanya yang menunjukkan tangisan yang telah di
luahkan.
“Ye,
saya… Knape ye?”
“Minta
maaf ye sebab suruh awak duduk kat sini. Dah la diam jer.”
“Tak
de hal lah. Aku pun tak biasa bercakap.”
“Erm…
Awak ni memang biasa lepak kat sini ek?”
“Boleh
la…”
“Tak
takut ke dengan cerita-cerita kat sini?”
“Tak
pun.”
“Jadi
memang tak takut hantu ker?”
“Bukan
la sampai tak takut lansung. Tapi aku tak kacau diaorang, so why they need to
disturb me. Kn?.”
“Logik-logik.
Haha. Hurm… Ok lah… Saya nak balik dulu.
Lagipun dah lama saya duduk kat sini”
“Okeh!”
“Btw,
nice to meet you. My name is Sarah.” Kata Sarah sambil bangun lalu menghulur
tangan tanda salam perkenalan kepadaku.
“Khairul.”
Balasku sambil menyambut salam itu.
Ku
lihat wanita itu- Sarah- berjalan pulang dari pokok besar itu. Menjauh dan
makin menjauh. Ku kembali menjadi diri aku yang asal. Diri aku yang sendiri. Keseorangan
dalam lamunan.
***
2 Tahun Kemudian
Lama
sudah aku tidak kunjung ke pokok besar itu. Sejak hari itu. Hari aku berpisah
dengan Sarah. Sarah memang seorang wanita yang baik. Sejak perkenalan pertama
kami di bawah pokok besar itu hubungan kami bertambah mesra. Bertambah akrab
dari hari ke hari. Aku tidak tahu kenapa, aku- seorang yang tidak suka bergaul
dengan orang dan lebih gemar bersendiri- boleh begitu selesa berhubung dengan
Sarah.
Dan
sejak bersama aku, Sarah tidak pernah menangis lagi. Apabila aku dan dia sudah
benar-benar kenal, faham antara satu sama lain, perasaan cinta itu datang
dengan sendirinya. Tanpa ada desakan. Tanpa paksaan.
Hari-hari
indah aku dengan Sarah banyak berlatar belakangkan pokok besar itu. Disinilah
tempat kami memadu kasih, tempat melepaskan rindu. Sungguh indah dunia ketika
itu.
Hubungan
yang dibina oleh kami tidak lama. Bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana jodoh
itu semua orang tidak tahu. Dan kami berdua memang sudah tiada jodoh. Ku
teringat lagi hari itu- sudah lapan bulan kami bersama. Seperti biasa kami
bertemu di bawah pokok besar itu.
“Awak-awak…
awak ingat tak waktu kita bertemu dahulu?”
“Mestilah
ingat, abg tengah lepak kat sini kn… pastu syg datang, duduk kat sebelah sana,
pastu abg dengar sayang menangis… hehe”
“Awak
tak nak tahu ke kenapa saya menangis waktu tu?”
“Nak
tu nak gak… tapi everyone have their reason for something that they do. So,
abang paham. Kalo sayang nak cerita abg dengar. If tak nak abang tak kisah.”
“So,
abang nak tau tak?”
“Abang
boleh je dengar. Tapi bagi abang, masa lalu itu, biarkan berlalu. Perasaan
marah, sedih, gembira, malu, dan apa sahaja yang kita alami, jangan dibawa ke
masa sekarang. Walaupun begitu, jangan dilupa.”
“Erm…
betul kata abg tu. Tapi benda itu akan sentiasa menghantui Sarah, kerana ia ada
kena mengena dengan abang…”
“Kena
mengena dengan abang? Bukan ke waktu tu kita masih belum kenal?”
“Sebenarnya
Sarah dah lama kenal abang. Dah lama Sarah tengok abang”
“Jadi
kenapa menangis?”
“Kerana
kita berbeza….”Kelihatan air mata sudah mula membasahi kelopak mata nya. Aku
tidak tahu apa yang berlaku. Terdiam seketika kata-kata. Cuma esakan tangis
Sarah sahaja yang kedengaran. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Cuma
mencuba memujuk seupayaku dalam kesamaran tentang sebab buah hatiku ini
menangis.
“Bapa
Sarah menentang hubungan kita.” Setelah lama beresak tangis, Sarah kembali
bersuara. Dalam sendu.
“Jika
itu sebabnya mari bawa abang berjumpa dengan bapamu. Abang mahu membuktikan
kepadanya yang abang ini mampu menjaga Sarah dengan baik.”
“Ini
adalah hari terakhir Sarah boleh berjumpa dengan abang.”
“Apa
ini? Abang masih tak mengerti sayang. Bapamu masih belum mengenali abang. Dan abang
pasti dia akan merestui hubungan kita ini jika abang berjaya mengambil hati
nya. Abang yakin kerana abang sungguh cintakan Sarah.”
“Cinta
sahaja tidak akan mampu menghubungkan kita berdua abang.”
“Tapi
cinta membuatkan kita akan berusaha lebih dari biasa. Cinta itu dorongan. Ia
memberi kekuatan.”
Sarah
tidak menganguk, tidak menggeleng. Hanya diam, dalam keadaan duduk mencangkung
sambil kepalanya ditundukkan di celah-celah kepala lututnya. Seperti keadaan
semasa perkenalan pertama kami. Bezanya cuma kedua-dua tapak tangannya kini ku
gengam erat. Ku tahu jiwanya kacau. Kata-kata hanya akan mengeruhkan keadaan.
Terasa sebak dihatiku melihat keadaan dia. Kutahu dia tak mahu kehilangan ku,
dan aku juga tidak mampu hidup tanpa dia. Aku bertekad mahu ikut dia,
menghantar Sarah pulang ke rumahnya sambil bertegur sapa dengan kedua orang tua
nya. Ada sedikit sesal dihatiku kerana selama 8 bulan bersama, ku lansung tidak
terfikir mahu mengenali keluarga Sarah dengan lebih rapat. “Salahku semua ini”
kata hatiku.
Lama
Sarah berdiam diri. Kucuba semampu aku untuk merubah suasana. Dan hatiku
berbunga kembali apabila dia mampu kembali tersenyum kepadaku. Ku biarkan
perbualan tadi berakhir begitu sahaja, kerana ku ku tak mahu sayangku terluka
semula.
Dan
hari itu memang agak berlainan. Sungguh berbeza layanan Sarah kepadaku. Sangat
indah sekali waktu itu. Kami akhiri pertemuan pada hari itu dengan mengukir
bentuk hati pada batang pokok besar itu. Atas permintaan Sarah, separuh dari
hati itu diukir oleh aku dan separuh lagi diukir sendiri oleh dia. Menurut
Sarah, ukiran itu melambangkan hati kami berdua, hati itu takkan lengkap jika
berdetak separuh sahaja. Ia perlukan lagi separuh untuk berdetak sempurna. Dan
di batang pokok itu adalah hati sempurna milik kami berdua.
Sewaktu
perjalanan pulang, sampai sahaja ke persimpangan jalan- persimpangan yang
memisahkan rumah kami berdua kerana rumahku di sebelah kanan walhal rumah Sarah
sebelah kiri- aku tidak mengucapkan selamat tinggal seperti biasa. Sarah
memandang ku, faham akan apa yang aku mahu.
“Abang
jangan risau ye. Lagipun sekarang sudah lewat. Mungkin lain kali jika ada
kesempatan Sarah akan bawa abang berjumpa dengan keluarga Sarah ye….” Kata
Sarah sambil tersenyum manis kepadaku sambil menampakkan lesung pipit di
pipinya. Apabila melihat keadaan Sarah yang sebegitu, hatiku tenang. Dan lagi
apabila terlihatkan jam ditangan ku yang menunjukkan pukul 6:45 petang, aku
mengalah. Memang sudah lewat waktu itu dan agak kurang manis jika aku melawat
orang tua Sarah pada waktu-waktu begini.
Sudah
tujuh hari aku menunggu di bawah pokok itu. Tak pernah Sarah tidak berjumpa
dengan ku di bawah pokok besar itu melebihi tiga hari. Hari ketujuh ini, aku
menjadi tidak keruan. Pabila terfikirkan perbualan kami hari itu. “Hari ini
hari terakhir Sarah boleh berjumpa dengan abang.” Terngiang-ngiang kata-kata
Sarah ini di telingaku. Aku resah, gelisah. Sudah ku cuba mencarinya di rumah.
Tetapi aku hilang arah- kerana aku tidak pernah tahu tempat betul terletaknya rumah
Sarah itu. Aku buntu. Mungkin kerana kepenatan, fizikal dan mental, aku
tertidur di bawah pokok besar itu. Dalam tidur itu ku bermimpikan Sarah. Dia
seperti bidadari, terapung di awangan. Bersamanya dua orang tua, lelaki dan
perempuan. Ku tatap mata Sarah- berkaca. Tanpa sepatah suara, mereka bertiga
berundur dan menghilang.
Tersentak
dari tidur, aku beristighfar. Ku tak mahu kehilangan Sarah. Dalam keadaan masih
lagi terkejut itu, mata ku terlihat sekeping kertas- dicucuk dengan ranting
kayu tajam di bawah ukiran hati tanda cinta kami berdua. Perlahan ku ambil
kertas itu. Ada tulisan di atasnya.
Abang,
Sarah cintakan abang. Sangat.
Tapi kita berbeza. Kita takkan boleh bersama. Bukan semata
kerana bapaku, bukan semata kerana keluargaku, tetapi sebab yang lebih besar
dari itu.
Sebenarnya cintaku padamu sudah lama. Ku selalu perhatikan
abang di bawah pokok ini dari jauh, dari duniaku. Duniaku dan duniamu lain
sayang.
Ya, dunia kita tak sama. Terbalik dari duniamu. Sudah lama
Sarah tahu. Dan itulah sebab ku meratap tangis. Kerana Sarah benar-benar
mencintai Abang walaupun sebelum kita bersua muka lagi. Dan kerana ketahuan
yang cinta Sarah tak mungkin berlaku, tak mungkin berbalas.
Tapi semua salah ku. Kerana asyik dengan cinta. Takku
jelaskan semua ini padamu.
Benarlah orang kata yang cinta itu boleh membuatkan orang itu
gila. Lapan bulan kita bersama, Sarah lansung terlupa wujudiah diri ini. Asal
usul diri ini. Kerana cinta itu benar mengasyikkan.
Sehinggalah bapaku menyedari semua ini. Dan kesedaran ku
sendiri membuatkan ku memilih jalan ini. Melepaskanmu abang. Demi cinta.
Terima kasih dengan layanan dan cinta yang abang beri
untukku. Akan ku treasure those moment in my life. Dan janganlah kau bersedih
abang, dan be a better person demi cinta kita.
Ku mulakan dengan kata cinta. Akhiri juga dengan cinta;
Siti
Sarah yang amat cintakan Khairul
***
Surat
lama itu ku baca semula. Teringat ku masa itu. Peristiwa-peristiwa di bawah
pokok besar itu muncul satu persatu dalam memori ku. Tapi aku sudah keras,
sudah tidak membawa perasaan lama menghantui masa sekarang. Aku yang sekarang
ini sudah gah seperti pokok besar itu. Sarah merubah hidupku. Perpisahan kami
bukan perpisahan yang negative. Tapi ia satu titik. Titik kepada hidup yang
lama, permulaan kepada hidup yang baru.
Hari
ini ku bertekad, melangkah kesana. Ke bawah pokok besar yang sudah lama ku
tinggalkan. Bukan untuk bersedih, berduka. Tapi untuk menunjukkan yang aku
mematuhi kata-kata Sarah. Yaitu tidak bersedih dan menjadi orang yang lebih
baik. Ya, kerana hidupku jauh lebih baik sekarang.
“Di sini ku bertemu dengannya,
Di sini pemula, di sini
pengakhir,
Selama-lamanya ditakdir bersama
tiada.”
Jari
menulis, masa berlalu,
10
Februari 2013,
6:55
petang,
Di meja
tulisku.
No comments:
Post a Comment