Setelah
11 tahun, akhirnya aku pergi juga ke situ. Tempat yang mempunyai pelbagai
kenangan, memori. Ku berhenti di perhentian itu-perhentian bas yang aku guna
setiap hari suatu masa dahulu. Perhentian bas tempat aku menunggu bas ketika
mahu pulang ke rumah. Duduk disitu sahaja- sebak kurasa. Melihat penglihatanku
untuk 6 tahun. Menoleh kearah kanan perhentian- menunggu bas hijau, putih,
kuning- Bas Haji Awang dan Rakan-Rakan. Tidak kunjung-kunjung tiba. Dan tak
akan tiba kerana bas itu sudah tidak berjalan- bangkrap. Kulihat ke dalam
perhentian itu- terlihat kanak-kanak, dua, tiga orang sedang bermain bola. Bola
yang diperbuat dari botol air. Lusuh baju, berpeluh budak itu. Sambil mata
terlihat-lihat ke jalan raya- takut terlepas bas. Ku alih pula pandanganku ke
tebing, belakang perhentian bas itu. Kanak-kanak sedang bermain gelongsor,
sambil berkejaran. Ku bangun, kupanjat tebing itu. Kupanjat tempat yang biasa
kupanjat masa lalu. Sampai ke atas, aku kaget. Cepat-cepat kuturuni semula
tebing itu melalui tangga simen yang berada di situ. Sebak. Hamper sahaja ku
menitiskan air mata. Diatas tebing itu terbina suatu tembok. Tembok yang
panjang, yang mempunyai satu pintu masuk. Didalam nya adalah tempat yang sangat
istimewa. Sangat mengimbau perasaan dan mempunyai memori yang tidak terkira
banyaknya. Tidak mampu aku melihat lama-lama.
Masih tidak mampu aku. Belum lagi menjejak kaki ke dalam tembok itu, aku
sudah tewas. Tewas dengan memori.
No comments:
Post a Comment