Saturday, February 2, 2013

Jangan Menangis



                “Menangis lah!!! Tak ada siapa yang menghalang. Aku tahu kau tersiksa. Aku tahu kau merana. Lepaskan. Menangislah!!!”

                Benar. Aku tersiksa. Benar. Aku merana. Kerana kau si celaka. Kau membuat aku begini. Kau membawa aku kepada keadaan yang seperti ini. Memang mudah kau memberi nasihat. Memang mudah kau meluahkan kata-kata untuk aku. Supaya aku hilang siksa, hilang derita.

                Tapi kau tahu kau yang sebenarnya membuat aku begini? Kau tahu yang kau memnyebabkan aku derita? Merana?

                 Sudahlah. Aku tak mahu ikut nasihat kau, tak mahu simpati kau. Biarkan aku pergi. Sendiri. Membawa hati yang lara. Membawa duka pilu. Membawa siksa, derita ini. Tanpa kau. Tanpa suara kau yang membisik. Tanpa suara kau yang menggetar jantungku.

                Jadi aku takkan menangis. Takkan melepaskan siksa, derita yang berada di benak otakku. Takkan melepaskan. Terutamanya kepada kau. Kerana. Kau la yang benar-benar ku sayang. Kau la yang benar-benar ku cinta. Bukan si lelaki itu. Lelaki yang meninggalkan aku itu.

                Padaku, lelaki itu cuma alat. Untuk merapati kau. Dengan masalah aku dan lelaki itu, aku dapat merapati kau. Menerima nasihat kau. Bercakap, berbual dengan kau. Jauh lebih indah dari berhubung dengan lelaki itu.

                Ya. Pengakhiran aku dan lelaki itu sudah terjangka. Berpisah. Dan aku tahu aku dan kau pun akan jauh. Akan berakhir segala nasihat kau kepadaku. Dan biarlah nasihat kau yang terakhir ini aku simpan, aku ingat, aku perapkan dalam memori aku- tanpa ikut. Selamanya. 

No comments:

Post a Comment