Doktor
kata aku akan mati. Ya, mati. Titik penamat kepada semua orang. Titik penamat
kepada semua benda. Tapi tak semestinya aku mesti mati. Doktor itu siapa mahu
menilik nasib aku? Doktor itu siapa mahu menjadi tuhan dengan meletakkan
ketentuan yang aku akan mati. Yup, semua orang akan mati. Seperti yang
dikatakan, dan memang benar, semua orang tak tahu bila dia akan mati. Sapa yang
sanggup kata seorang tua ni, kanser dia sudah peringkat terakhir dan dia mati,
pastu kata orang tua itu mati kerana kanser? Pasti? Ah… Autopsi kata mcm tu.
Autopsy kata dia mati sebab kanser. Ye ke sebab tu dia mati?
Kenapa
aku bercakap pasal kanser? Ya. aku ada kanser. Peringkat keempat. Then yes
there’s no cure for it. Aku akan mati. Semudah itu. Mati sebab kanser. Aku muda
lagi. 23 tahun. Muda atau tua aku rasa tak perlu dijadikan perbezaan. Yeah,
orang tua mati, orang muda pun mati. It is the same. Orang tua pun ada yang
mati kerana kanser juga, macam aku. So, memang sama. Sebab apa orang kata
berbeza antara dua ini? Pengalaman. Orang tua, perjalanan hidup panjang. Gembira
dia mesti lebih banyak daripada orang muda. Sedih dia pun mesti lebih banyak
daripada orang muda. Tapi aku kata sama tetap sama. Pengalaman hidup, yeah aku
akui aku kurang benda ini. Apa nak diharapkan pengalaman hidup seorang bujang
yang berumur 23 tahun apabila nak dibandingkan dengan seorang bapa kepada 10
orang anak yang berumur 75 tahun? Tapi aku gembira. Tak kisah kurang
pengalaman. Tak kisah tidak merasa mempunyai kekasih. Tak kisah tiada yang
ambil kisah pasal aku.
Okeh,
aku pasti yang jarang orang muda mati sebab kanser. Yang mati biasanya mat- mat
rempit, mat-mat addict. Mati sebab dadah, mati sebab eksiden. Berbeza. Aku
akui, mungkin lebih selesa mati seperti diaorang. Mati, tak sedar. Tanpa tahu.
Tak macam aku ini. Tadi doktor kata, lagi dua bulan je aku hidup. Well, dua
bulan. Bila dengar je takut semacam. Macam la dua bulan itu akan terjadi esok.
Bila pikir balik, sehari ada 24 jam. 1 jam, 60 minit. Lama lagi. Dalam sehari
itu ada 24 kotak masa. Kalau setiap kotak berisi, berguna, 2 bulan itu bakal
berlalu seperti 40 tahun. Mungkin lebih lama.
2 BULAN
Umurku
sudah 63 tahun. Ya. aku sudah tua. Kerepot. Tidak punya tenaga. Tidak punya
visi. Tidak punya idea-idea bernas yang bakal membawa kepada kemajuan nagara,
bangsa dan agama. Betul, dengan umurku ini, orang akan dengar nasihat ku.
Dengar apa yang aku kata. Tapi, sebab sudah tiada misi, visi dan idea. Aku tak
rasa aku boleh nasihat orang. Apa yang aku rasa aku mampu lakukan sekarang
adalah mengarah orang. Basuh kencingku, angkat badanku, mandikan aku. Dan orang
akan ikut apa kata aku. Aku rasa amalanku, cukup lah untuk orang berumur 60
tahun. Aku harap cukuplah. Kerana, aku tahu kejap lagi aku akan dijemput.
Kembali. Kedunia yang benar, yang membenarkan apa yang tidak pasti.
Aku manusia, bukan haiwan. |
No comments:
Post a Comment