Yep, semuanya benar.
Yang benar, memang benar.
Yang berlaku, memang berlaku.
Tak perlu aku tipu.
Tak perlu aku nafi.
AKU CINTA KAU
Ya. Aku
seorang lelaki yang biasa. Memang tidak padan dengan gadis secantik kau.
Namamu- Rosemary- sudah cantik. Wajahmu apatah lagi. Ramai sekali lelaki yang
minat kat kau. Tapi kenapa kau pilih aku? Apa istimewanya aku dimata kau? Ku
tahu, dalam setahun, sekurangnya empat orang lelaki yang akan meluahkan
perasaan mereka kepada kau. Walaupun tidaklah sejantan mana meluahkan perasaan
di facebook. Tapi, yang aku pasti, kebanyakan mereka lebih hensem daripadaku.
Kenapa kau pilih aku juga?
Ya. Aku
yakin aku ada kelebihan. Dimata kau, mesti terlihat suatu kelebihan pada
diriku. Aku tak pernah tanya kau. Tapi aku tahu. Bukan kerana hati kita satu.
Bukan kerana kita sehati sejiwa. Cuma aku tahu, suka perlukan penyebab. Kau
suka aku? Mesti ada sebab. Aku tak perlu tahu. Istimewa aku itu bukan hak aku
seorang sahaja. Aku tahu, aku juga boleh berfikir secara waras. Tak mungkin aku
seorang sebegitu. Ada orang lain juga. Tapi kenapa aku yang kau pilih?
Ya. Aku
tahu. Kau cuma suka padaku. Belum sampai kepada sayang. Belum sampai kepada
cinta. Tapi pernahkah kau bertanya kepada diri kau- Rosemary- tentang aku?
Tentang perasaan benar kau? Adakah layak kau bagi perasaan suka kau kepada
diriku? Adakah aku layak menerima sayang kau yang sedang berputik didalam dada
kau itu? Dan yang paling penting adalah perasaan selepas itu. Perasaan yang
mampu mengatasi apa sahaja. Luka di jari, tulang patah berderai, tidak terasa
oleh perasaan ini.
Cinta.
Ya. Berbaloikah
kau membuahkan perasaan ini untuk orang sepertiku? Yang biasa, tapi cintakan
kau?
No comments:
Post a Comment