“Jangan pergi!!!”
Sayu.
Lemah. Itulah kata-kata terakhir yang aku dengar dari ibuku. Hatiku kugenggam
erat. Menjadi bulat- untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Biarlah apa orang
kata. Aku tetap dengan pendirian aku. Pergi dari situ. Mencari kehidupan baru.
Bukan
ku tidak mahu patah kembali-ke asalku. Tapi ada suatu rasa. Rasa yang tiada
wajah. Rasa itu membuatkan aku tak mahu pulang. Untuk 12 tahun ini, ku sentiasa
termimpi-mimpi. Mimpi hidup lamaku di rumah kayu itu yang telah aku buang dari
hidupku. Jika ada orang bertanya umurku- aku akan menjawab 12 tahun. Kerana
memori aku hanya bermula sejak itu.
Segala
telah aku buang. Tapi kini kenapa aku berada di hadapan rumah kayu itu? Rumah
yang aku takkan ku toleh? Yang takkan ku patah balik itu?
Terlihat
wanita tua. Berumur. Kedut-kedutan itu tak pernah aku lihat. Menyapu sampah.
Kejap kakiku. Longlai lutut ku. Terduduk. Ku mahu memeluk dia.
“Anak
siapa? Nak cari siapa?”
No comments:
Post a Comment