Pada suatu hari ada seorang budak bernama Muhammad Fairuz.
Dia adalah seorang budak lelaki yang comel. Dia mahu pergi ke pasar tani untuk
membeli keropok lekor. Semasa di dalam perjalanan untuk ke sana, Fairuz
ternampak seekor raksasa yang besar.
“Besarnya
raksasa itu,” kata Fairuz kepada kawannya, Sufi, yang menemaninya pergi ke
pasar itu.
“Jom
lari,” kata Sufi dengan nada cemas, takut.
Tanpa
berlengah, mereka berdua pun berlari pulang semula ke rumah. Fairuz kesal
kerana tidak dapat makan keropok lekor disebabkan raksasa yang besar itu.
Ni bukan keropok lekor, ini cuma maggi |
No comments:
Post a Comment