Berlari.
Lari. Terus lari. Tanpa rasa penat. Walaupun dikejar seperti seorang penjahat.
Ahmad sudah biasa. Pagar- dipanjat, Longkang- diompat. Semua halangan bagi dia
sudah bukan halangan. Begitu mudah merentasi semua itu. Kerana pengalamannya dalam
bidang larian ini bukan main-main. Inilah hidupnya.
Tapi
hari ini lain. Benda yang mengejarnya lain. Lain dari segi fizikal. Sebelum ini
pengejar-pengejarnya cuma berasal dari kaum manusia-saiz pun saiz manusia.
Tetapi kali ini raksasa. Kaum yang bersaiz gergasi. Sebesar rumah. Fizikalnya
bukan seperti manusia. Berlendir, separa bulat. Ia bukan berlari, ia hanya
menggelongsor- tanpa kaki. Apa sahaja bentuk jalan dilalui dengan mudah.
Pun
begitu, tanpa gentar Ahmad seperti biasa. Menjalankan tugasnya- berlari. Puas
pelbagai halangan ditempuh. Sengaja dia melalui jalan yang sempit- celah-celah
rumah. Tapi tiada kesan kepada benda itu. Masih lagi mengejarnya kemana sahaja
dia pergi.
Sudah 8
jam dia berlari. Masih sama. Dia dikejar, raksasa mengejar. Mati akal Ahmad.
Habis usaha, hasil pengalamannya berlari 5 tahun ini, digunakan. Tapi raksasa
itu masih mengejarnya. Ditabur paku- tidak berkesan, ditabur guli- tidak
berkesan, merentas sungai- tetap tidak berkesan. Habis ikhtiar. Tugasan kali
ini memang sukar- tandanya sudah lebih 4 jam dari kebiasaan, tapi masih lagi
tidak mampu menyisihkan pengejarnya itu.
Ditenangkan
fikiran. Cuba berfikir dalam berlari itu. Cara untuk menghabiskan tugasan itu.
Terlihatnya di suatu sudut. Ada suatu benda bercahaya terawang-awang dari
tanah. Mungkin itu petunjuk. Getus hati kecilnya. Tanpa berlengah, dilanggarnya
cahaya itu, sambil berlari dia merasakan sesuatu. Ada perubahan yang berlaku
pada diri nya. Di pinggangnya terlilit sesuatu-tali pinggang. Dan terselit di celahnya
suatu benda asing. Pistol.
Berfikir
lagi. Apa yang perlu dilakukan? Adakah perlu diguna sahaja pistol itu untuk
membunuh raksasa itu? Atau apa?
Apabila
difikir semula, hari ini lain. Tidak sama seperti biasa. Tanpa berlengah,
dicapainya pistol itu. Diacu kepada raksasa itu. Sambil berlari.
BAM!!!
BAM!!! BAM!!!!
Tersungkur
raksasa itu. Tanpa berlengah Ahmad meneruskan lariannya. Pengejarnya sudah jauh
tersisih di belakang. Dirasakan tugasannya sudah berjaya. Sekuntum senyuman di
hulur, sambil bunyi letupan raksasa kedengaran sayup-sayup.
No comments:
Post a Comment