Sudah lama aku tinggalkan penulisan. Berkarat. Bila berfikir
kembali, aku ini hanya mengejar. Hidup sebagai pengejar yang mana kaki tidak
mampu berlari laju, badan tidak berstamina kencang. Tapi masih mahu menjadi
pengejar. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga. Banyak .
Si lemah mengejar. Arah tak tahu. Tujuan tak kemas. Azam
mudah lentur, gugur kerana tiada posisi yang benar-benar utuh. Posisi yang mana
ianya adalah semulajadi natural.
Adakah perlu aku utuhkan diri, kejabkan hati, memilih antara
banyak menjadi satu. Biar yang satu itu kembang, mekar, menjadi bunga yang
mengikut acuan kemampuan. Kemampuan aku rendah, rendah lah keindahan bunga yang
bakal mekar. Jika kemampuan aku tinggi, tinggilah keindahan bunga itu, laksana
bunga mawar merah. Silap langkah, bunga ynag dijaga tak kembang, sedangkan
pokok bunga lain sudah direnyuk, dicabut.
Ketika diri tak keruan,
Mimpi yang banyak,
badut yang mana hipokrik |
Mana nyata, mana tak,
Tak terurai.....
1/5/2013
1.06 am
No comments:
Post a Comment