Thursday, October 24, 2013

Ulat Gonggok dan Awan

Ulat gonggok ini mahu pergi ke awan,

Dilihatnya cantik, indah di atas sana,

Awan itu memandang ke bawah, ke bumi,

Si gonggok mula bermimpi,

Mula berkhayal,

Di cubanya ke atas, mencari jalan,

Jalan yang memang tiada,

Untuk ke awan, yang dirasanya memandangnya,


Kerana, ia memang tiada.

Awan, menyokong matahari petang.


Ah! Aku rindu masa itu,
Masa kita, kita, kita, bersama,
Walau masa itu singkat,
Tapi tetap kurindu masa itu.

4.30pm, 19 Julai 2013, Lab Bacti.
Upon hearing Nora speak about ulat gonggok and awan.

Monday, October 21, 2013

Nyata, Khayal, Khayal, Nyata

Dikala orang lain sedang nyenyak,

Tidur,

Diatas katil empuk,

Diatas lantai beralas,

Diatas lantai tidak beralas,

Kau tidak tidur,

Kau lain dari mereka,

Kau sendiri,

Mengharung sepi malam,

Mengharung sepi sendiri,

Mengharung sepi sendiri di dalam bilik kedap ini,

Tanpa pandangan keluar,

Pandangan ke pekat malam,

Tanpa bayu angin malam,

Tanpa bayu angin malam menemani kau,

Bersama,

Cuma kau dengan imaginasi, khayalan kau,

Khayalan yang berkata bahawa,

 “Aku perlu siap kan semua ini,”

“Aku perlu kemaskan,”

“Aku perlu perbaiki,”

“Aku perlu itu, aku perlu ini,”

“Supaya nanti masa depan terjamin,”

“Supaya nanti aku boleh melakukannya,”

“Supaya nanti aku dapat menjadi apa yang aku inginkan,”

Nah!!!

Khayalan itu, kenapa terlalu jelas kelihatan,

Khayalan itu, jelas ada,

Khayalan itu, jelas kewujudiannya,

Ada di depan mata,

Ada di depan minda,

Perlukah percaya dengan khayalan?

Ataupun khayalan itulah akan terus menerus bersama kau,

Terus menerus, berdamping,

Sampai satu masa, khayalan itu menjadi nyata,


Nyata kau menjadi khayalan, imaginasi.

Ini bukan malam ini, ini malam kemenangan Pahang!!!


Sedang membuat presentation research.
22/10/2013, Esok presentation.
4.45 am.
Bersila diatas lantai sambil merenung hidup

Saturday, October 12, 2013

Langit dan Bumi

Berangan....
Berangan....

Kau... hanya boleh berangan.
Kau... hanya mampu berangan.

Kau,
Adalah lantai bumi.

Dia,
Adalah lantai langit.

Takkan jatuh, langit ke bumi.
Takkan terbang, bumi ke langit. 

Kecuali satu masa,
Masa yang semua tahu,
Masa yang mana langit jatuh ke bumi,
Masa yang mana bumi dan langit menjadi satu.

Lantai langit, Lantai bumi.


Dengan irama perlahan,
Dengan suara seperti Ramli Sarip,
Sambil menghirup secangkir kopi o,
Dendangkan lagu ini,
Dendang bersama hati,
Bersama jiwa.

Sunday, October 6, 2013

Perjalanan Hidup Ini

Perjalanan hidup ini,
Ada baik,
Ada jahat,
Ada sukar,
Ada senang,
Memang banyak jenis perjalanan,
Yang mana kau mahu?

Perjalanan hidup ini,
Kalau diberi pilihan,
Memang jelas, 
Terang,
Semua mahukan perjalanan yang sama,
Mudah,
Senang,
Baik,
Kaya.

Perjalanan Hidup ini,
Sebenarnya tiada pilihan,
Walaupun ada kemahuan,
Pilihan tetap tiada,
Kau belajar rajin,
Kau kerja rajin,
Kau usaha,
Tapi perjalanan itu sudah ditetapkan,
Kalau sukar,
Tetap sukar,
Kalau miskin,
Tetap miskin.

Jadi?
Bersyukurlah,
Sebab ia punca kebahagiaan,
Punca kesenangan.

Perjalanan hidup ini,
Sebenarnya Indah.

Juga Bukit Panorama. Mungkin aku perlu terbang, ke
tempat yang mampu aku dapat lebih
ke indahan, kerana pasti, ada yang
lebih takjub dari ini.

Sudah lama, terpuruk, tersimpan,
Hari ini, ia bangkit,
Mengimbau memori,
November 2011.

Saturday, October 5, 2013

Naik Minyak!!!

                “Ntah lah Pak Samad kau tu, aku ni dah naik kesian kat si Nana anak dia tu. Pijak terajang. Sume dah kena. Kite ni mane boleh buat apa. Setakat sedara, mane maunya dia nak dengar kata kita nih.” Panjang lebar Hamid bercakap kepada anaknya, Roslan, sambil menyedut rokok daunnya.

                Roslan suka kat Nana. Dan dia tahu yang Nana memang mempunyai masalah dengan bapanya. Kerap juga Nana bercerita masalahnya itu kepada Roslan. Dan tadi dia cuba menyuruh ayahnya menasihati Pak Samad. Tapi nampak gayanya ia takkan berhasil. Roslan cuba berfikir, mencari ikhtiar lain tentang bagaimana untuk membantu Nana, si gadis yang berjaya membuatkan hati Roslan tenteram bila bersama.

                Bertekad Roslan, mahu pergi, berjumpa sendiri dengan ayah Nana- Pak Samad. Dan akibat tindakan itu, seperti dijangka, teruk Roslan dilayan. Dicaci, dimaki. Di mata Roslan, Pak Samad itu seperti seekor gajah yang sedang naik minyak kerana lapar kurang makanan. Tapi Roslan bukan orang biasa. Yaitu orang yang akan takut, lari, atau balas dengan kasar apabila menghadapi situasi genting seperti itu. Roslan adalah ahli kelab kaunseling di sekolahnya. Dan dia ada belajar selok-belok psikologi manusia.

                Roslan dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Pak Samad. Dia merasakan itu melalui segala carutan, cacian yang dilemparkan oleh Pak Samad kepadanya. Pak Samad sebenarnya kesepian. Sepi, hidup sendiri. Dan melalui situasi Pak Samad itu, hidup dengan seorang anak perempuan remaja - yang biasanya lebih suka rapat dengan kawan dari bapa sendiri, jelas mengukuhkan pendapat Roslan.

                Roslan merancang untuk menjadi sahabat kepada Pak Samad. Dengan adanya kawan, Roslan pasti yang sikap baran Pak Samad akan beransur kurang. Dan itulah yang berlaku, setelah dua minggu berusaha, Pak Samad sudah mula terbuka hati untuk menerima Roslan. Melalui pemerhatian Roslan sikap Pak Samad sudah mula berubah. Dan Nana pun sudah semakin gembira, masalahnya di rumah sudah kurang.


                Dan yang paling penting sekali, hati Nana pun sudah jatuh, kapada Roslan.


Ini pemandangan Bukit Panorama. Tiada kaitan dengan Nana, Roslan,
dan Pak Samad