Pening si Penung. Ntah kenapa kepalanya pening. Mungkin kerana lapar? Atau juga kerana penat berfikir. Ntah lah, Penung cuma mahu terbang kelangit buat masa ini. Tinggi, sampai kepalanya tidak lagi sakit. Sampai mati.
Thursday, May 15, 2014
Sunday, May 11, 2014
Pencari Alasan
Aku malas. Aku malas. Aku malas. Aku malas. Ntah bila nak jadi rajinnya aku tak tahu. Terkadang tu, aku bukan rasa aku malas, cuma aku tidak mahu buat. Kerana tidak mahu.
Mungkin aku ada alasan. Ya, memang aku ada alasan. Dan bagi aku, alasan itu benar, sungguh. Tapi aku takut aku hanya pencari alasan. Yang mana bila kemalasan itu timbul, setiap itulah alasan itu datang kepada otakku.
Aku takut menjadi pencari alasan. Setelah gagal. Setelah ia berlaku. Dan biarlah, sekurangnya, aku pendam sahaja alasan benar yang aku cipta. Ya, kalau aku mahu menjadi pencari alasan pun, mungkin untuk diri. Aku lebih takut menjadi pembuat alasan. :)
Sunday
May 11, 2014
Gambar di cherating, but now dalam bilik.:/
Thursday, October 24, 2013
Ulat Gonggok dan Awan
Ulat gonggok ini mahu pergi ke awan,
Dilihatnya cantik, indah di atas sana,
Awan itu memandang ke bawah, ke bumi,
Si gonggok mula bermimpi,
Mula berkhayal,
Di cubanya ke atas, mencari jalan,
Jalan yang memang tiada,
Untuk ke awan, yang dirasanya memandangnya,
Kerana, ia memang tiada.
| Awan, menyokong matahari petang. |
Ah! Aku rindu masa itu,
Masa kita, kita, kita, bersama,
Walau masa itu singkat,
Tapi tetap kurindu masa itu.
4.30pm, 19 Julai 2013, Lab Bacti.
Upon hearing Nora speak about ulat gonggok and awan.
Monday, October 21, 2013
Nyata, Khayal, Khayal, Nyata
Dikala orang lain
sedang nyenyak,
Tidur,
Diatas katil empuk,
Diatas lantai beralas,
Diatas lantai tidak
beralas,
Kau tidak tidur,
Kau lain dari mereka,
Kau sendiri,
Mengharung sepi malam,
Mengharung sepi
sendiri,
Mengharung sepi
sendiri di dalam bilik kedap ini,
Tanpa pandangan
keluar,
Pandangan ke pekat
malam,
Tanpa bayu angin
malam,
Tanpa bayu angin malam
menemani kau,
Bersama,
Cuma kau dengan
imaginasi, khayalan kau,
Khayalan yang berkata
bahawa,
“Aku perlu siap kan semua ini,”
“Aku perlu kemaskan,”
“Aku perlu perbaiki,”
“Aku perlu itu, aku
perlu ini,”
“Supaya nanti masa
depan terjamin,”
“Supaya nanti aku
boleh melakukannya,”
“Supaya nanti aku
dapat menjadi apa yang aku inginkan,”
Nah!!!
Khayalan itu, kenapa
terlalu jelas kelihatan,
Khayalan itu, jelas ada,
Khayalan itu, jelas
kewujudiannya,
Ada di depan mata,
Ada di depan minda,
Perlukah percaya
dengan khayalan?
Ataupun khayalan
itulah akan terus menerus bersama kau,
Terus menerus,
berdamping,
Sampai satu masa,
khayalan itu menjadi nyata,
Nyata kau menjadi
khayalan, imaginasi.
| Ini bukan malam ini, ini malam kemenangan Pahang!!! |
Sedang membuat
presentation research.
22/10/2013, Esok presentation.
4.45 am.
Bersila diatas lantai sambil merenung hidup
Saturday, October 12, 2013
Langit dan Bumi
Berangan....
Berangan....
Kau... hanya boleh berangan.
Kau... hanya mampu berangan.
Kau,
Adalah lantai bumi.
Dia,
Adalah lantai langit.
Takkan jatuh, langit ke bumi.
Takkan terbang, bumi ke langit.
Kecuali satu masa,
Masa yang semua tahu,
Masa yang mana langit jatuh ke bumi,
Masa yang mana bumi dan langit menjadi satu.
Dengan irama perlahan,
Dengan suara seperti Ramli Sarip,
Sambil menghirup secangkir kopi o,
Dendangkan lagu ini,
Dendang bersama hati,
Bersama jiwa.
Berangan....
Kau... hanya boleh berangan.
Kau... hanya mampu berangan.
Kau,
Adalah lantai bumi.
Dia,
Adalah lantai langit.
Takkan jatuh, langit ke bumi.
Takkan terbang, bumi ke langit.
Kecuali satu masa,
Masa yang semua tahu,
Masa yang mana langit jatuh ke bumi,
Masa yang mana bumi dan langit menjadi satu.
| Lantai langit, Lantai bumi. |
Dengan irama perlahan,
Dengan suara seperti Ramli Sarip,
Sambil menghirup secangkir kopi o,
Dendangkan lagu ini,
Dendang bersama hati,
Bersama jiwa.
Sunday, October 6, 2013
Perjalanan Hidup Ini
Perjalanan hidup ini,
Ada baik,
Ada jahat,
Ada sukar,
Ada senang,
Memang banyak jenis perjalanan,
Yang mana kau mahu?
Perjalanan hidup ini,
Kalau diberi pilihan,
Memang jelas,
Terang,
Semua mahukan perjalanan yang sama,
Mudah,
Senang,
Baik,
Kaya.
Perjalanan Hidup ini,
Sebenarnya tiada pilihan,
Walaupun ada kemahuan,
Pilihan tetap tiada,
Kau belajar rajin,
Kau kerja rajin,
Kau usaha,
Tapi perjalanan itu sudah ditetapkan,
Kalau sukar,
Tetap sukar,
Kalau miskin,
Tetap miskin.
Jadi?
Bersyukurlah,
Sebab ia punca kebahagiaan,
Punca kesenangan.
Perjalanan hidup ini,
Sebenarnya Indah.
Sudah lama, terpuruk, tersimpan,
Hari ini, ia bangkit,
Mengimbau memori,
November 2011.
Ada baik,
Ada jahat,
Ada sukar,
Ada senang,
Memang banyak jenis perjalanan,
Yang mana kau mahu?
Perjalanan hidup ini,
Kalau diberi pilihan,
Memang jelas,
Terang,
Semua mahukan perjalanan yang sama,
Mudah,
Senang,
Baik,
Kaya.
Perjalanan Hidup ini,
Sebenarnya tiada pilihan,
Walaupun ada kemahuan,
Pilihan tetap tiada,
Kau belajar rajin,
Kau kerja rajin,
Kau usaha,
Tapi perjalanan itu sudah ditetapkan,
Kalau sukar,
Tetap sukar,
Kalau miskin,
Tetap miskin.
Jadi?
Bersyukurlah,
Sebab ia punca kebahagiaan,
Punca kesenangan.
Perjalanan hidup ini,
Sebenarnya Indah.
| Juga Bukit Panorama. Mungkin aku perlu terbang, ke tempat yang mampu aku dapat lebih ke indahan, kerana pasti, ada yang lebih takjub dari ini. |
Sudah lama, terpuruk, tersimpan,
Hari ini, ia bangkit,
Mengimbau memori,
November 2011.
Saturday, October 5, 2013
Naik Minyak!!!
“Ntah
lah Pak Samad kau tu, aku ni dah naik kesian kat si Nana anak dia tu. Pijak
terajang. Sume dah kena. Kite ni mane boleh buat apa. Setakat sedara, mane
maunya dia nak dengar kata kita nih.” Panjang lebar Hamid bercakap kepada
anaknya, Roslan, sambil menyedut rokok daunnya.
Roslan
suka kat Nana. Dan dia tahu yang Nana memang mempunyai masalah dengan bapanya.
Kerap juga Nana bercerita masalahnya itu kepada Roslan. Dan tadi dia cuba
menyuruh ayahnya menasihati Pak Samad. Tapi nampak gayanya ia takkan berhasil.
Roslan cuba berfikir, mencari ikhtiar lain tentang bagaimana untuk membantu
Nana, si gadis yang berjaya membuatkan hati Roslan tenteram bila bersama.
Bertekad
Roslan, mahu pergi, berjumpa sendiri dengan ayah Nana- Pak Samad. Dan akibat
tindakan itu, seperti dijangka, teruk Roslan dilayan. Dicaci, dimaki. Di mata
Roslan, Pak Samad itu seperti seekor gajah yang sedang naik minyak kerana lapar
kurang makanan. Tapi Roslan bukan orang biasa. Yaitu orang yang akan takut,
lari, atau balas dengan kasar apabila menghadapi situasi genting seperti itu.
Roslan adalah ahli kelab kaunseling di sekolahnya. Dan dia ada belajar
selok-belok psikologi manusia.
Roslan
dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Pak Samad. Dia merasakan itu
melalui segala carutan, cacian yang dilemparkan oleh Pak Samad kepadanya. Pak
Samad sebenarnya kesepian. Sepi, hidup sendiri. Dan melalui situasi Pak Samad
itu, hidup dengan seorang anak perempuan remaja - yang biasanya lebih suka
rapat dengan kawan dari bapa sendiri, jelas mengukuhkan pendapat Roslan.
Roslan
merancang untuk menjadi sahabat kepada Pak Samad. Dengan adanya kawan, Roslan
pasti yang sikap baran Pak Samad akan beransur kurang. Dan itulah yang berlaku,
setelah dua minggu berusaha, Pak Samad sudah mula terbuka hati untuk menerima
Roslan. Melalui pemerhatian Roslan sikap Pak Samad sudah mula berubah. Dan Nana
pun sudah semakin gembira, masalahnya di rumah sudah kurang.
Dan
yang paling penting sekali, hati Nana pun sudah jatuh, kapada Roslan.
| Ini pemandangan Bukit Panorama. Tiada kaitan dengan Nana, Roslan, dan Pak Samad |
Subscribe to:
Posts (Atom)