Tuesday, January 8, 2013

Sudah Semua

Semua!!!
Cukuplah,
Jangan berlari lagi,
Kita semua sudah semakin jauh,
Fizikal jauh,
Pemikiran jauh,
Semua jauh,
Padahal asalnya semua dekat, rapat,
Berlaga bahu, bertentang muka,
Bergelak ketawa.

Memanglah, semua itu takkan terjadi,
Memanglah semua akan berlari,
Dan terus sentiasa berlari,
Jalan larian itu tidak sama,
Jalan larian itu adalah pemisah,
Kekadang jalan itu akan bertembung juga,
Setakat bertembung,
Kerana penamat untuk jalan itu berbeza,
Kerana diri kita semua berbeza.

Thursday, January 3, 2013

2 BULAN


                Doktor kata aku akan mati. Ya, mati. Titik penamat kepada semua orang. Titik penamat kepada semua benda. Tapi tak semestinya aku mesti mati. Doktor itu siapa mahu menilik nasib aku? Doktor itu siapa mahu menjadi tuhan dengan meletakkan ketentuan yang aku akan mati. Yup, semua orang akan mati. Seperti yang dikatakan, dan memang benar, semua orang tak tahu bila dia akan mati. Sapa yang sanggup kata seorang tua ni, kanser dia sudah peringkat terakhir dan dia mati, pastu kata orang tua itu mati kerana kanser? Pasti? Ah… Autopsi kata mcm tu. Autopsy kata dia mati sebab kanser. Ye ke sebab tu dia mati?

                Kenapa aku bercakap pasal kanser? Ya. aku ada kanser. Peringkat keempat. Then yes there’s no cure for it. Aku akan mati. Semudah itu. Mati sebab kanser. Aku muda lagi. 23 tahun. Muda atau tua aku rasa tak perlu dijadikan perbezaan. Yeah, orang tua mati, orang muda pun mati. It is the same. Orang tua pun ada yang mati kerana kanser juga, macam aku. So, memang sama. Sebab apa orang kata berbeza antara dua ini? Pengalaman. Orang tua, perjalanan hidup panjang. Gembira dia mesti lebih banyak daripada orang muda. Sedih dia pun mesti lebih banyak daripada orang muda. Tapi aku kata sama tetap sama. Pengalaman hidup, yeah aku akui aku kurang benda ini. Apa nak diharapkan pengalaman hidup seorang bujang yang berumur 23 tahun apabila nak dibandingkan dengan seorang bapa kepada 10 orang anak yang berumur 75 tahun? Tapi aku gembira. Tak kisah kurang pengalaman. Tak kisah tidak merasa mempunyai kekasih. Tak kisah tiada yang ambil kisah pasal aku.

                Okeh, aku pasti yang jarang orang muda mati sebab kanser. Yang mati biasanya mat- mat rempit, mat-mat addict. Mati sebab dadah, mati sebab eksiden. Berbeza. Aku akui, mungkin lebih selesa mati seperti diaorang. Mati, tak sedar. Tanpa tahu. Tak macam aku ini. Tadi doktor kata, lagi dua bulan je aku hidup. Well, dua bulan. Bila dengar je takut semacam. Macam la dua bulan itu akan terjadi esok. Bila pikir balik, sehari ada 24 jam. 1 jam, 60 minit. Lama lagi. Dalam sehari itu ada 24 kotak masa. Kalau setiap kotak berisi, berguna, 2 bulan itu bakal berlalu seperti 40 tahun. Mungkin lebih lama.

                2 BULAN

                Umurku sudah 63 tahun. Ya. aku sudah tua. Kerepot. Tidak punya tenaga. Tidak punya visi. Tidak punya idea-idea bernas yang bakal membawa kepada kemajuan nagara, bangsa dan agama. Betul, dengan umurku ini, orang akan dengar nasihat ku. Dengar apa yang aku kata. Tapi, sebab sudah tiada misi, visi dan idea. Aku tak rasa aku boleh nasihat orang. Apa yang aku rasa aku mampu lakukan sekarang adalah mengarah orang. Basuh kencingku, angkat badanku, mandikan aku. Dan orang akan ikut apa kata aku. Aku rasa amalanku, cukup lah untuk orang berumur 60 tahun. Aku harap cukuplah. Kerana, aku tahu kejap lagi aku akan dijemput. Kembali. Kedunia yang benar, yang membenarkan apa yang tidak pasti.

Aku manusia, bukan haiwan.
                

CINTA ROSEMARY


Yep, semuanya benar.
Yang benar, memang benar.
Yang berlaku, memang berlaku.
Tak perlu aku tipu.
Tak perlu aku nafi.
AKU CINTA KAU

                Ya. Aku seorang lelaki yang biasa. Memang tidak padan dengan gadis secantik kau. Namamu- Rosemary- sudah cantik. Wajahmu apatah lagi. Ramai sekali lelaki yang minat kat kau. Tapi kenapa kau pilih aku? Apa istimewanya aku dimata kau? Ku tahu, dalam setahun, sekurangnya empat orang lelaki yang akan meluahkan perasaan mereka kepada kau. Walaupun tidaklah sejantan mana meluahkan perasaan di facebook. Tapi, yang aku pasti, kebanyakan mereka lebih hensem daripadaku. Kenapa kau pilih aku juga?

                Ya. Aku yakin aku ada kelebihan. Dimata kau, mesti terlihat suatu kelebihan pada diriku. Aku tak pernah tanya kau. Tapi aku tahu. Bukan kerana hati kita satu. Bukan kerana kita sehati sejiwa. Cuma aku tahu, suka perlukan penyebab. Kau suka aku? Mesti ada sebab. Aku tak perlu tahu. Istimewa aku itu bukan hak aku seorang sahaja. Aku tahu, aku juga boleh berfikir secara waras. Tak mungkin aku seorang sebegitu. Ada orang lain juga. Tapi kenapa aku yang kau pilih?

                Ya. Aku tahu. Kau cuma suka padaku. Belum sampai kepada sayang. Belum sampai kepada cinta. Tapi pernahkah kau bertanya kepada diri kau- Rosemary- tentang aku? Tentang perasaan benar kau? Adakah layak kau bagi perasaan suka kau kepada diriku? Adakah aku layak menerima sayang kau yang sedang berputik didalam dada kau itu? Dan yang paling penting adalah perasaan selepas itu. Perasaan yang mampu mengatasi apa sahaja. Luka di jari, tulang patah berderai, tidak terasa oleh perasaan ini.

Cinta.

                Ya. Berbaloikah kau membuahkan perasaan ini untuk orang sepertiku? Yang biasa, tapi cintakan kau? 


bukannya bunga rose untuk rosemary