Sunday, February 10, 2013

Pokok Besar Itu


                Besar sungguh pokok itu. Diatas bukit. Nampak cukup gah sekali. Dengan tiada saingan daripada pokok-pokok lain lebih menyerlahkan betapa gah pokok itu tegak berdiri. Hanya rumput-rumput pendek menghijau di bukit itu. Indah sekali.

                Di bawah pokok itulah tempat aku bersendiri- mengasingkan diri dari dunia luar. Lebih suka aku melayan perasaan seorang diri. Sedangkan aku sendiri tidak dapat memahami diri aku sendiri, masakan orang lain mampu memahami aku. Biarlah mereka fikir apa sahaja tentang aku- pelik, sombong. Aku tak kisah. Kerana aku tahu lebih banyak tentang diri aku sendiri berbanding mereka.

                Sedang leka bermimpi, melayan perasaan sendirian, datang seorang wanita, sebaya dengan aku. Jarang benar ada orang yang datang ke tempat ini. Lebih-lebih lagi selepas cerita-cerita yang tidak enak didengar tentang pokok itu heboh diperkatakan. Dengan sopan, wanita itu meminta izin aku untuk duduk dibawah pokok itu juga. Aku tiada masalah untuk mengizinkannya kerana itu bukannya tempat khas untuk aku. Perlahan-lahan wanita itu mengambil tempatnya di sebalik batang pokok yang besar itu. Aku kembali kepada lamunanku.

                “Isk… Isk…”

                Sekali lagi lamunanku terganggu. Ku amati betul-betul bunyi itu, benar, ia datang dari balik batang pokok besar itu- tempat wanita itu tadi pergi. Menangis. Perkara yang biasa aku alami sebelum cerita tidak enak tentang pokok itu tersebar. Hanya satu sebab bagi orang biasa untuk berada di bawah pokok ini- untuk meluahkan perasaan. Perasaan sedih, benci. Semua perasaan negatif. Nampak teruk benar tangisan wanita itu. “Ah!!! Biarkan.” Kata hatiku.
***
                Belajar di sebuah university yang agak terkenal itu sungguh memenatkan. Belajar, belajar dan belajar. Dan itu memang sudah menjadi lumrah- pelajar mesti belajar. Habis sahaja kelas aku terus ke tempat ku biasa melayan perasaan- bawah pokok besar itu. Setibanya di situ, wanita semalam sudah berada di bawah pokok itu. Kehadiran ku disedari olehnya lalu dia mengajak aku duduk di sebelahnya. Pada mulanya aku menolak kerana tidak mahu terlibat dan masuk kedalam hidup orang lain, tetapi apabila dia beria-ia mengajak, aku mengalah. Aku mengambil tempat dudukku dicelah akar-akar pokok itu. Bersandar.

                Kuteliti perempuan itu. Dia sedang duduk mencangkung, dengan kepalanya dimasukkan di celah2 kakinya. Tertunduk. Masih lagi berduka mungkin. Apabila ku melihat dia hanya berdiam diri, aku juga membalasnya dengan berdiam diri. Sunyi. Desiran angin sahaja yang jelas kedengaran akibat pergeseran daun-daun pokok besar itu. Itu cukup membuatku mahu pergi ke alam khayalanku. Melayan perasaan.

                “Awak.”

                Segera lesap segala lamunanku. Wanita itu kelihatan sudah mengangkat kepalanya. Walaupun masih bercangkung sambil memeluk kepala lututnya. Jelas sekali kelihatan lingkaran hitam di matanya yang menunjukkan tangisan yang telah di luahkan.

                “Ye, saya… Knape ye?”

                “Minta maaf ye sebab suruh awak duduk kat sini. Dah la diam jer.”

                “Tak de hal lah. Aku pun tak biasa bercakap.”

                “Erm… Awak ni memang biasa lepak kat sini ek?”

                “Boleh la…”

                “Tak takut ke dengan cerita-cerita kat sini?”

                “Tak pun.”

                “Jadi memang tak takut hantu ker?”

                “Bukan la sampai tak takut lansung. Tapi aku tak kacau diaorang, so why they need to disturb me. Kn?.”

                “Logik-logik. Haha.  Hurm… Ok lah… Saya nak balik dulu. Lagipun dah lama saya duduk kat sini”

                “Okeh!”

                “Btw, nice to meet you. My name is Sarah.” Kata Sarah sambil bangun lalu menghulur tangan tanda salam perkenalan kepadaku.

                “Khairul.” Balasku sambil menyambut salam itu.

                Ku lihat wanita itu- Sarah- berjalan pulang dari pokok besar itu. Menjauh dan makin menjauh. Ku kembali menjadi diri aku yang asal. Diri aku yang sendiri. Keseorangan dalam lamunan.

***
2 Tahun Kemudian

                Lama sudah aku tidak kunjung ke pokok besar itu. Sejak hari itu. Hari aku berpisah dengan Sarah. Sarah memang seorang wanita yang baik. Sejak perkenalan pertama kami di bawah pokok besar itu hubungan kami bertambah mesra. Bertambah akrab dari hari ke hari. Aku tidak tahu kenapa, aku- seorang yang tidak suka bergaul dengan orang dan lebih gemar bersendiri- boleh begitu selesa berhubung dengan Sarah.

                Dan sejak bersama aku, Sarah tidak pernah menangis lagi. Apabila aku dan dia sudah benar-benar kenal, faham antara satu sama lain, perasaan cinta itu datang dengan sendirinya. Tanpa ada desakan. Tanpa paksaan.

                Hari-hari indah aku dengan Sarah banyak berlatar belakangkan pokok besar itu. Disinilah tempat kami memadu kasih, tempat melepaskan rindu. Sungguh indah dunia ketika itu.

                Hubungan yang dibina oleh kami tidak lama. Bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana jodoh itu semua orang tidak tahu. Dan kami berdua memang sudah tiada jodoh. Ku teringat lagi hari itu- sudah lapan bulan kami bersama. Seperti biasa kami bertemu di bawah pokok besar itu.

                “Awak-awak… awak ingat tak waktu kita bertemu dahulu?”

                “Mestilah ingat, abg tengah lepak kat sini kn… pastu syg datang, duduk kat sebelah sana, pastu abg dengar sayang menangis… hehe”

                “Awak tak nak tahu ke kenapa saya menangis waktu tu?”

                “Nak tu nak gak… tapi everyone have their reason for something that they do. So, abang paham. Kalo sayang nak cerita abg dengar. If tak nak abang tak kisah.”

                “So, abang nak tau tak?”

                “Abang boleh je dengar. Tapi bagi abang, masa lalu itu, biarkan berlalu. Perasaan marah, sedih, gembira, malu, dan apa sahaja yang kita alami, jangan dibawa ke masa sekarang. Walaupun begitu, jangan dilupa.”

                “Erm… betul kata abg tu. Tapi benda itu akan sentiasa menghantui Sarah, kerana ia ada kena mengena dengan abang…”

                “Kena mengena dengan abang? Bukan ke waktu tu kita masih belum kenal?”

                “Sebenarnya Sarah dah lama kenal abang. Dah lama Sarah tengok abang”

                “Jadi kenapa menangis?”

                “Kerana kita berbeza….”Kelihatan air mata sudah mula membasahi kelopak mata nya. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Terdiam seketika kata-kata. Cuma esakan tangis Sarah sahaja yang kedengaran. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Cuma mencuba memujuk seupayaku dalam kesamaran tentang sebab buah hatiku ini menangis.

                “Bapa Sarah menentang hubungan kita.” Setelah lama beresak tangis, Sarah kembali bersuara. Dalam sendu.

                “Jika itu sebabnya mari bawa abang berjumpa dengan bapamu. Abang mahu membuktikan kepadanya yang abang ini mampu menjaga Sarah dengan baik.”

                “Ini adalah hari terakhir Sarah boleh berjumpa dengan abang.”

                “Apa ini? Abang masih tak mengerti sayang. Bapamu masih belum mengenali abang. Dan abang pasti dia akan merestui hubungan kita ini jika abang berjaya mengambil hati nya. Abang yakin kerana abang sungguh cintakan Sarah.”

                “Cinta sahaja tidak akan mampu menghubungkan kita berdua abang.”

                “Tapi cinta membuatkan kita akan berusaha lebih dari biasa. Cinta itu dorongan. Ia memberi kekuatan.”

                Sarah tidak menganguk, tidak menggeleng. Hanya diam, dalam keadaan duduk mencangkung sambil kepalanya ditundukkan di celah-celah kepala lututnya. Seperti keadaan semasa perkenalan pertama kami. Bezanya cuma kedua-dua tapak tangannya kini ku gengam erat. Ku tahu jiwanya kacau. Kata-kata hanya akan mengeruhkan keadaan. Terasa sebak dihatiku melihat keadaan dia. Kutahu dia tak mahu kehilangan ku, dan aku juga tidak mampu hidup tanpa dia. Aku bertekad mahu ikut dia, menghantar Sarah pulang ke rumahnya sambil bertegur sapa dengan kedua orang tua nya. Ada sedikit sesal dihatiku kerana selama 8 bulan bersama, ku lansung tidak terfikir mahu mengenali keluarga Sarah dengan lebih rapat. “Salahku semua ini” kata hatiku.

                Lama Sarah berdiam diri. Kucuba semampu aku untuk merubah suasana. Dan hatiku berbunga kembali apabila dia mampu kembali tersenyum kepadaku. Ku biarkan perbualan tadi berakhir begitu sahaja, kerana ku ku tak mahu sayangku terluka semula.

                Dan hari itu memang agak berlainan. Sungguh berbeza layanan Sarah kepadaku. Sangat indah sekali waktu itu. Kami akhiri pertemuan pada hari itu dengan mengukir bentuk hati pada batang pokok besar itu. Atas permintaan Sarah, separuh dari hati itu diukir oleh aku dan separuh lagi diukir sendiri oleh dia. Menurut Sarah, ukiran itu melambangkan hati kami berdua, hati itu takkan lengkap jika berdetak separuh sahaja. Ia perlukan lagi separuh untuk berdetak sempurna. Dan di batang pokok itu adalah hati sempurna milik kami berdua.

                Sewaktu perjalanan pulang, sampai sahaja ke persimpangan jalan- persimpangan yang memisahkan rumah kami berdua kerana rumahku di sebelah kanan walhal rumah Sarah sebelah kiri- aku tidak mengucapkan selamat tinggal seperti biasa. Sarah memandang ku, faham akan apa yang aku mahu.

                “Abang jangan risau ye. Lagipun sekarang sudah lewat. Mungkin lain kali jika ada kesempatan Sarah akan bawa abang berjumpa dengan keluarga Sarah ye….” Kata Sarah sambil tersenyum manis kepadaku sambil menampakkan lesung pipit di pipinya. Apabila melihat keadaan Sarah yang sebegitu, hatiku tenang. Dan lagi apabila terlihatkan jam ditangan ku yang menunjukkan pukul 6:45 petang, aku mengalah. Memang sudah lewat waktu itu dan agak kurang manis jika aku melawat orang tua Sarah pada waktu-waktu begini.

                Sudah tujuh hari aku menunggu di bawah pokok itu. Tak pernah Sarah tidak berjumpa dengan ku di bawah pokok besar itu melebihi tiga hari. Hari ketujuh ini, aku menjadi tidak keruan. Pabila terfikirkan perbualan kami hari itu. “Hari ini hari terakhir Sarah boleh berjumpa dengan abang.” Terngiang-ngiang kata-kata Sarah ini di telingaku. Aku resah, gelisah. Sudah ku cuba mencarinya di rumah. Tetapi aku hilang arah- kerana aku tidak pernah tahu tempat betul terletaknya rumah Sarah itu. Aku buntu. Mungkin kerana kepenatan, fizikal dan mental, aku tertidur di bawah pokok besar itu. Dalam tidur itu ku bermimpikan Sarah. Dia seperti bidadari, terapung di awangan. Bersamanya dua orang tua, lelaki dan perempuan. Ku tatap mata Sarah- berkaca. Tanpa sepatah suara, mereka bertiga berundur dan menghilang.

                Tersentak dari tidur, aku beristighfar. Ku tak mahu kehilangan Sarah. Dalam keadaan masih lagi terkejut itu, mata ku terlihat sekeping kertas- dicucuk dengan ranting kayu tajam di bawah ukiran hati tanda cinta kami berdua. Perlahan ku ambil kertas itu. Ada tulisan di atasnya.

Abang,
        Sarah cintakan abang. Sangat.
        Tapi kita berbeza. Kita takkan boleh bersama. Bukan semata kerana bapaku, bukan semata kerana keluargaku, tetapi sebab yang lebih besar dari itu.
        Sebenarnya cintaku padamu sudah lama. Ku selalu perhatikan abang di bawah pokok ini dari jauh, dari duniaku. Duniaku dan duniamu lain sayang.
        Ya, dunia kita tak sama. Terbalik dari duniamu. Sudah lama Sarah tahu. Dan itulah sebab ku meratap tangis. Kerana Sarah benar-benar mencintai Abang walaupun sebelum kita bersua muka lagi. Dan kerana ketahuan yang cinta Sarah tak mungkin berlaku, tak mungkin berbalas.
        Tapi semua salah ku. Kerana asyik dengan cinta. Takku jelaskan semua ini padamu.
        Benarlah orang kata yang cinta itu boleh membuatkan orang itu gila. Lapan bulan kita bersama, Sarah lansung terlupa wujudiah diri ini. Asal usul diri ini. Kerana cinta itu benar mengasyikkan.
        Sehinggalah bapaku menyedari semua ini. Dan kesedaran ku sendiri membuatkan ku memilih jalan ini. Melepaskanmu abang. Demi cinta.
        Terima kasih dengan layanan dan cinta yang abang beri untukku. Akan ku treasure those moment in my life. Dan janganlah kau bersedih abang, dan be a better person demi cinta kita.
        Ku mulakan dengan kata cinta. Akhiri juga dengan cinta;
                                                                Siti Sarah yang amat cintakan Khairul

***
                Surat lama itu ku baca semula. Teringat ku masa itu. Peristiwa-peristiwa di bawah pokok besar itu muncul satu persatu dalam memori ku. Tapi aku sudah keras, sudah tidak membawa perasaan lama menghantui masa sekarang. Aku yang sekarang ini sudah gah seperti pokok besar itu. Sarah merubah hidupku. Perpisahan kami bukan perpisahan yang negative. Tapi ia satu titik. Titik kepada hidup yang lama, permulaan kepada hidup yang baru.

                Hari ini ku bertekad, melangkah kesana. Ke bawah pokok besar yang sudah lama ku tinggalkan. Bukan untuk bersedih, berduka. Tapi untuk menunjukkan yang aku mematuhi kata-kata Sarah. Yaitu tidak bersedih dan menjadi orang yang lebih baik. Ya, kerana hidupku jauh lebih baik sekarang.

“Di sini ku bertemu dengannya,
 Di sini pemula, di sini pengakhir,
 Selama-lamanya ditakdir bersama tiada.”

                                                                                                                                                Jari menulis, masa berlalu,
10 Februari 2013,
6:55 petang,
Di meja tulisku.

Monday, February 4, 2013

29/1/2013



                Setelah 11 tahun, akhirnya aku pergi juga ke situ. Tempat yang mempunyai pelbagai kenangan, memori. Ku berhenti di perhentian itu-perhentian bas yang aku guna setiap hari suatu masa dahulu. Perhentian bas tempat aku menunggu bas ketika mahu pulang ke rumah. Duduk disitu sahaja- sebak kurasa. Melihat penglihatanku untuk 6 tahun. Menoleh kearah kanan perhentian- menunggu bas hijau, putih, kuning- Bas Haji Awang dan Rakan-Rakan. Tidak kunjung-kunjung tiba. Dan tak akan tiba kerana bas itu sudah tidak berjalan- bangkrap. Kulihat ke dalam perhentian itu- terlihat kanak-kanak, dua, tiga orang sedang bermain bola. Bola yang diperbuat dari botol air. Lusuh baju, berpeluh budak itu. Sambil mata terlihat-lihat ke jalan raya- takut terlepas bas. Ku alih pula pandanganku ke tebing, belakang perhentian bas itu. Kanak-kanak sedang bermain gelongsor, sambil berkejaran. Ku bangun, kupanjat tebing itu. Kupanjat tempat yang biasa kupanjat masa lalu. Sampai ke atas, aku kaget. Cepat-cepat kuturuni semula tebing itu melalui tangga simen yang berada di situ. Sebak. Hamper sahaja ku menitiskan air mata. Diatas tebing itu terbina suatu tembok. Tembok yang panjang, yang mempunyai satu pintu masuk. Didalam nya adalah tempat yang sangat istimewa. Sangat mengimbau perasaan dan mempunyai memori yang tidak terkira banyaknya. Tidak mampu aku melihat lama-lama.  Masih tidak mampu aku. Belum lagi menjejak kaki ke dalam tembok itu, aku sudah tewas. Tewas dengan memori. 

Saturday, February 2, 2013

Jangan Menangis



                “Menangis lah!!! Tak ada siapa yang menghalang. Aku tahu kau tersiksa. Aku tahu kau merana. Lepaskan. Menangislah!!!”

                Benar. Aku tersiksa. Benar. Aku merana. Kerana kau si celaka. Kau membuat aku begini. Kau membawa aku kepada keadaan yang seperti ini. Memang mudah kau memberi nasihat. Memang mudah kau meluahkan kata-kata untuk aku. Supaya aku hilang siksa, hilang derita.

                Tapi kau tahu kau yang sebenarnya membuat aku begini? Kau tahu yang kau memnyebabkan aku derita? Merana?

                 Sudahlah. Aku tak mahu ikut nasihat kau, tak mahu simpati kau. Biarkan aku pergi. Sendiri. Membawa hati yang lara. Membawa duka pilu. Membawa siksa, derita ini. Tanpa kau. Tanpa suara kau yang membisik. Tanpa suara kau yang menggetar jantungku.

                Jadi aku takkan menangis. Takkan melepaskan siksa, derita yang berada di benak otakku. Takkan melepaskan. Terutamanya kepada kau. Kerana. Kau la yang benar-benar ku sayang. Kau la yang benar-benar ku cinta. Bukan si lelaki itu. Lelaki yang meninggalkan aku itu.

                Padaku, lelaki itu cuma alat. Untuk merapati kau. Dengan masalah aku dan lelaki itu, aku dapat merapati kau. Menerima nasihat kau. Bercakap, berbual dengan kau. Jauh lebih indah dari berhubung dengan lelaki itu.

                Ya. Pengakhiran aku dan lelaki itu sudah terjangka. Berpisah. Dan aku tahu aku dan kau pun akan jauh. Akan berakhir segala nasihat kau kepadaku. Dan biarlah nasihat kau yang terakhir ini aku simpan, aku ingat, aku perapkan dalam memori aku- tanpa ikut. Selamanya.